Pasport Singapore, bermula Oktober ini, boleh digunakan selama 10 tahun, berbanding tempoh guna lima tahun pada masa ini.
Ini adalah bagi warga berusia 16 tahun dan ke atas yang memohon pasport baru pada atau selepas 1 Oktober 2021.
Bayaran berbuat demikian kekal pada $70.
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), pada Jumaat (7 Mei) berkata perubahan ini akan mengurangkan keperluan memperbaharui pasport dan menambah keselesaan bagi warga.
Tempoh guna pasport bagi warga berusia bawah 16 tahun kekal pada lima tahun kerana wajah kanak-kanak masih berubah pada lingkungan usia itu dan gambar pasport mereka perlu dikemas kini lebih kerap.