Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasport SG kekal salah satu paling diterima, boleh masuk bebas masalah ke 192 negara

Jul 20, 2022 | 05:25 PM



PASPORT Singapura kekal sebagai salah satu pasport paling diterima di dunia, menduduki tempat kedua bersama Korea Selatan, yang membenarkan kemasukan bebas masalah ke 192 negara.



Pasport Jepun menduduki tempat teratas, dengan kemasukan mudah ke 193 negara semasa pelancongan sejagat sedang mula kembali aktif selepas lebih dua tahun pandemik Covid-19 melanda, menurut kemas kini terkini indeks serata dunia yang dikumpulkan firma penasihat kewarganegaraan dan penduduk sejagat, Henley and Partners.



Pada Oktober tahun lalu, Singapura dan Jepun berkongsi tempat teratas dengan para pemegang pasport dibenarkan melancong tanpa visa sebelum itu ke 192 destinasi.



Di spektrum hujung pula, para pemegang pasport Russia semakin dipingirkan daripada negara-negara lain sebagai sekatan, pengharaman melancong dan penutupan ruang udara menghadkan akses mereka ke kesemua melainkan beberapa destinasi di Asia dan Timur Tengah.



Pasport Russia kini berada di kedudukan ke 50 dalam indeks itu, yang memberi akses mudah ke 119 negara.



China di tempat ke 69 dengan akses ke 80 negara, sedang pasport India di kedudukan ke-87.



Indeks itu juga menunjukkan kaitan kukuh antara “kuasa” pasport negara dengan keamanannya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >