Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Pasport SG sah selama 10 tahun bagi permohonan mulai Oktober

ICA: Yuran kekal $70, perubahan kurangi kekerapan perbaharui dan mudahkan warga
May 08, 2021 | 05:30 AM



PASPORT Singapura sah selama 10 tahun, daripada lima tahun sekarang, mulai Oktober.



Tempoh sah baru itu ialah bagi warga berusia 16 tahun dan ke atas yang memohon pasport baru pada atau selepas 1 Oktober 2021.



Yurannya tidak berubah, iaitu $70.



Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) semalam berkata perubahan itu akan mengurangkan kekerapan memperbaharui pasport dan lebih memudahkan warga Singapura.



Bagi warga belum berusia 16 tahun, tempoh sah pasport kekal lima tahun, memandangkan ciri-ciri wajah kanak-kanak terus berubah sedang mereka membesar.



Ini bermakna gambar di pasport mereka perlu ditukar kepada gambar terkini dengan lebih kerap.



Pasport Singapura pernah sah selama 10 tahun sehingga April 2005. Tempoh sah pasport kemudian dikurangkan kepada lima tahun apabila sistem pasport biometrik diperkenal.



Ia dikurangkan bagi ICA memantau kestabilan teknologi itu, kata penguasa itu.



Menjelaskan alasan menukar kembali kepada tempoh sah 10 tahun, ICA berkata:



"Sudah 15 tahun pasport biometrik diperkenal. Sekarang teknologi pemeriksaan biometrik digunakan secara meluas oleh penguasa imigresen di seluruh dunia."



ICA menambah bahawa teknologi pasport biometrik kini stabil dan ia lebih keyakinan pada daya tahan lama mikrocip yang dimasukkan dalam pasport sedemikian.



"Memandangkan perkembangan ini, ICA menilai bahawa sekarang boleh meningkatkan tempoh sah pasport Singapura kepada 10 tahun tanpa menjejas keselamatan atau keyakinan global terhadap pasport Singapura," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >