Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Pastikan anak dapat kasih sayang sepenuhnya

Oct 10, 2021 | 05:30 AM



Dalam Islam, seorang bapa berperanan sebagai pemimpin, mengajar ilmu dan keimanan kepada keluarganya. Sebagai pemimpin, beliau bertanggungjawab menjaga kemaslahatan keluarga dan memikul peranan menyediakan sekali keperluan anak-anak dan isteri. Berat sekali tanggungjawab yang digalas seorang bapa. Lantaran itulah, tidak hairan jika - dari masa ke masa - ramai bapa dirundung rasa pilu dan sayu serta mengalami pergelutan jiwa kerana sukar memenuhi setiap tanggungjawab itu. Hakikatnya, bapa juga manusia biasa. Kelemahan insan bergelar bapa juga adalah kekuatannya, jika beliau tahu bila untuk meminta bantuan dan sokongan. Yang penting ialah azam dan niat tulus bapa menjadi ketua keluarga sebaik mungkin kepada anak-anak. Minggu ini, HIDAYAH mengajak anda mengikuti kisah perjuangan seorang bapa.




KETANDUSAN kasih sayang dari seorang bapa dirasainya selepas ayahnya meninggal dunia semasa beliau berusia 10 tahun.



Namun, kejadian pilu itu membuat Encik Ahmadulhaq Che Omar berazam untuk memastikan anak-anaknya dapat merasakan kasih sayang dari seorang ibu dan bapa secukupnya.



Encik Ahmadulhaq berusaha untuk terus 'menghadirkan' diri dalam kehidupan anak-anaknya, meskipun sibuk menggalas tanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga.



Kesibukan mengimbangi dua pekerjaan, sebagai seorang jurulatih bola sepak sambilan dan pekerja penghantaran, bermakna sukar baginya untuk mencari masa untuk diluangkan bersama anak-anak pada hari biasa.



"Biasanya bila saya di rumah pada hari biasa mereka di sekolah, dan bila saya balik hanya sempat jumpa sekejap sebelum mereka tidur.



"Tapi seboleh mungkin saya akan cuba duduk berbual dengan mereka sebelum mereka tidur, bertanya khabar dan bagaimana hari mereka di sekolah," kata bapa kepada tiga anak berusia antara empat dengan 14 tahun itu.



Untuk itu, Encik Ahmadulhaq, 40 tahun, akan memastikan beliau langsung tidak bekerja sekurang-kurangnya pada hari Sabtu atau Ahad supaya dapat meluangkan masa sepenuhnya bersama keluarga.



Ini meskipun sebagai pekerja penghantaran hujung minggu merupakan antara masa paling sibuk dan boleh mendatangkan hasil yang lebih lumayan.



"Saya rasa lebih penting untuk luangkan masa bersama mereka, kerana saya tak nak kehilangan masa istimewa ini apabila mereka masih kecil.



"Saya tak nak bila mereka dah besar baru saya terkejar-kejar nak bina hubungan dengan mereka, kerana masa terbaik eratkan hubungan dengan anak-anak adalah semasa mereka kecil lagi," ujarnya.



Hari Sabtu atau Ahad merupakan masa khas untuk keluarga bagi Encik Ahmadulhaq, isteri dan anak-anak mereka, tidak kira sama ada untuk bersiar-siar di luar atau duduk di rumah bersama.



Menurut Encik Ahmadulhaq, mereka sekeluarga tidak keluar rumah begitu kerap sekarang gara-gara keadaan pandemik Covid-19.



Namun masa yang diluangkan di rumah tidak kurang istimewa dengan pelbagai aktiviti yang dapat menghiburkan hati, termasuk bermain pelbagai permainan atau menonon filem.



Menurut Encik Ahmadulhaq, bapa memainkan peranan penting dalam kehidupan anak-anak dan beliau berbesar hati melihat lebih ramai bapa yang mengamalkan prinsip tersebut.



"Mungkin masa zaman bapa saya dulu, hanya lelaki yang keluar bekerja dan golongan ibu yang menjaga anak di rumah.



"Tapi ini kurang relevan bagi zaman sekarang, dan bapa kini lebih terlibat di rumah, sama ada dalam menjaga anak atau membuat kerja rumah," ujarnya.



Pengorbanan Encik Ahmadulhaq serta sikap proaktifnya merupakan antara faktor utama yang membuat keluarga mereka lebih kukuh, menurut isterinya, Cik Norsilati Ramlan, 43 tahun.



Menurutnya, selain mengutamakan anak-anak mereka, suaminya itu berusaha seboleh mungkin untuk meningkatkan kemahirannya dan menambah pendapatan keluarga terutama sekali dalam situasi pandemik kini.



Antaranya, beliau telah menjalani kursus yang dibiayai sendiri demi mempertingkat lesen jurulatih bola sepaknya.



Beliau juga bekerja keras dan berdisiplin sebagai pekerja penghantaran dengan memanfaatkan peluang yang tersedia semasa waktu sibuk seperti waktu makan tengah hari dan makan malam, kata Cik Norsilati, yang bertugas sebagai penolong jurutera.



"Beliau akan cuba melakukan yang terbaik untuk keluarga, dan saya cukup berterima kasih atas semua pengorbanan yang telah beliau lakukan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >