Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pastikan golongan kurang upaya raih manfaat dari ekosistem sokongan

Dec 03, 2020 | 05:30 AM



SINGAPURA telah mengambil pelbagai langkah membina sebuah ekosistem sokongan dan khidmat bagi golongan kurang upaya (PWD), termasuk mereka yang kurang upaya dari segi intelek, serta penjaga mereka, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Namun pada masa yang sama, usaha juga perlu dijalankan untuk memastikan mereka boleh meraih manfaat daripadanya, dengan sokongan dan khidmat yang ditawarkan itu disampaikan secara bersepadu dan memberi tumpuan kepada kedua-dua PWD dan penjaga mereka.



Encik Masagos berkata demikian semasa berucap di webinar Yayasan Tsao yang berlangsung di dalam talian, semalam.



Dinamakan 'Menjalani kehidupan dengan ketidakupayaan intelek dalam masyarakat', ini merupakan yang pertama daripada satu siri webinar yang menyatukan pihak berkepentingan daripada pelbagai latar belakang termasuk daripada bidang kesihatan, ketidakupayaan, khidmat sosial serta agensi pemerintah.



Webinar itu dianjurkan Yayasan Tsao, sebuah badan bukan pemerintah (NGO) yang memperjuang isu menua dengan baik.



Menggariskan khidmat yang ditawarkan untuk memenuhi keperluan golongan kurang upaya dari segi intelek dan keluarga mereka, Encik Masagos berkata pemerintah memberi subsidi tinggi bagi khidmat di pusat kegiatan harian, yang membolehkan golongan ini menyertai kegiatan untuk belajar kemahiran harian dan untuk hidup dalam kalangan masyarakat.



"Kami juga menyokong pembangunan lebih banyak pilihan latihan vokasional dan peluang bekerja untuk membolehkan mereka menyertai kegiatan kerja yang bermakna," ujarnya.



Sementara itu, Syarikat Amanah Keperluan Khas (SNTC) pula menawarkan khidmat kepada keluarga yang ingin memastikan kesejahteraan dan penjagaan jangka panjang anggota keluarga mereka yang kurang upaya dari segi intelek.



Malah, dua klinik juga sedang dirintis sekarang, khusus bagi memenuhi keperluan golongan kurang upaya dari segi intelek, yang dikendalikan Yayasan Tsao dan Minds.



Encik Masagos berkata klinik yang dirintis yayasan itu satu contoh persepaduan kukuh sosial dan kesihatan, yang mengambil pendekatan bertumpukan kepada PWD dan keluarga mereka.



"Keperluan (golongan kurang upaya dari segi intelek dan keluarga mereka) berbeza bergantung pada individu dan keluarga masing-masing.



"Ramai yang telah berkongsi bahawa kesejahteraan golongan kurang upaya dari segi intelek sering berkait rapat dengan kesejahteraan penjaga mereka.



"Oleh itu, sedang mereka meningkat usia bersama, kita perlu menyokong mereka secara menyeluruh dan bertumpukan kepada mereka menerusi satu ekosistem kesihatan, ketidakupayaan dan penyedia khidmat sosial," kata Encik Masagos.




"Keperluan (golongan kurang upaya dari segi intelek dan keluarga mereka) berbeza bergantung pada individu dan keluarga masing-masing.



"Ramai yang telah berkongsi bahawa kesejahteraan golongan kurang upaya dari segi intelek sering berkait rapat dengan kesejahteraan penjaga mereka.''
- Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >