Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KERJAYA UNIK

Pastikan keselamatan makanan di Singapura

Inspektor Kawalan Sempadan AVA antara orang pertama turut periksa kesihatan haiwan yang dibawa masuk ke sini
Mar 20, 2016 | 05:30 AM



BELIAU pernah menyertai bidang kejuruteraan dan perniagaan semasa di politeknik, namun mendapati kedua-dua bidang itu tidak diminati.



Kini, Encik Hanif Ruzaini Mohamed Yusoff, 24 tahun, mengikuti jejak bapanya dalam usaha memastikan keselamatan makanan di Singapura.



Pengalaman bapa Encik Hanif yang telah berkhidmat sebagai Inspektor Utama bahagian Import Makanan selama lebih 30 tahun menjadi pendorong kepadanya menceburi bidang yang sama.



Kini, Encik Hanif memegang jawatan sebagai Inspektor Kawalan Sempadan Penguasa Pertanian Makanan dan Ternakan (AVA).



Beliau dan pasukannya merupakan antara orang pertama membantu memastikan keselamatan makanan, haiwan dan produk tumbuh-tumbuhan termasuk sayur-sayuran sebaik sahaja ia dibawa masuk ke Singapura.



Kata Encik Hanif: "Tugas saya adalah memastikan bahawa semua komoditi yang tiba di sini mencapai piawaian keselamatan yang telah ditetapkan."



Bahan makanan seperti daging, makanan laut dan sayur-sayuran akan diperiksa dan diambil sampelnya dan kemudian diserahkan kepada makmal.



Haiwan serta produk haiwan yang dibawa masuk ke Singapura pula akan diperiksa oleh Encik Hanif dan rakan kerjanya yang lain untuk memastikan bahawa ia selamat.



Keunikan dan kespontanan pekerjaan tersebut merupakan daya tarikan utama yang mendorong beliau.



"Bagi saya, tugas ini memang sesuatu yang menarik kerana setiap hari ada sahaja perkara baru yang harus saya lakukan," katanya.



Semasa wartawan mengikuti Encik Hanif dalam pemeriksaan harian yang dijalankan, memang banyak bahan unik yang dilihat termasuk kupang dan ikan 'gergasi', kulit ular dan ikan todak kecil.



"Dalam pekerjaan ini, saya akan menemui haiwan eksotik seperti ular, kongkang dan penyu."



"Memang menarik dapat melihat haiwan eksotik ini. Ada di antaranya ditahan di sini buat sementara kerana penyeludupan terlarang dan ada juga untuk dijual," ujar pemuda yang memang merupakan seorang pencinta haiwan itu.



Namun begitu, terdapat juga masa-masa mencabar yang terpaksa ditempuhinya dalam pekerjaannya itu.



"Ada pelanggan yang tidak memenuhi syarat-syarat yang kami tetapkan, dan ia menjadi sukar apabila mereka marah-marah dan inginkan produk mereka dilepaskan tanpa memberikan dokumen yang diperlukan," katanya sambil menambah bahawa bagaimanapun mereka tetap perlu mematuhi undang-undang.



Satu lagi cabaran adalah apabila beliau terpaksa menguruskan haiwan yang sukar dikawal.



"Dalam mengendalikan haiwan, ia memerlukan kesabaran dan kemahiran yang tinggi. Dalam suasana yang baru, haiwan-haiwan itu biasanya panik dan boleh menyerang bila-bila masa sahaja," katanya.



Namun, beliau menambah, semua pegawai di sana telah menerima vaksin mencegah penyakit yang boleh dijangkiti daripada haiwan seperti rabies. Mereka juga menjalani pemeriksaan kesihatan secara tetap.



"Jadi kami pun tidaklah bimbang. Memang selamat,'' kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >