Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pastikan kesihatan setiap peserta Latihan Forging Sabre

Sep 26, 2021 | 05:30 AM



Seramai 600 pegawai dari Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dan 200 tentera darat Singapura telah terlibat dalam Latihan Forging Sabre yang diadakan di Pangkalan Angkatan Udara Mountain Home di Amerika Syarikat tahun ini. Latihan 10 hari yang berakhir semalam, merupakan latihan utama luar negara SAF yang pertama sejak pandemik Covid-19 bermula tahun lalu. Dua anggota SAF mengongsi pengalaman pertama mereka sewaktu latihan tersebut bersama BERITA MINGGU (BM).



MEMASTIKAN kesihatan dan keselamatan setiap peserta yang terlibat dalam Latihan Forging Sabre adalah antara keutamaan yang diberi perhatian penuh sepanjang mereka berada di Pangkalan Angkatan Udara Mountain Home di Amerika Syarikat.



Meskipun kesemua 800 peserta latihan itu telah pun lengkap mendapatkan suntikan vaksin, mereka masih perlu mematuhi langkah pengurusan selamat Covid-19 yang diperketat bagi mencegah sebarang penularan yang mungkin berlaku.



Antara langkah pengurusan selamat yang telah dikuatkuasakan termasuk gelembung kesihatan bagi para peserta, memakai pelitup pada setiap masa dan melakukan ujian pantas antigen (ART) bagi kakitangan yang sering berhubung dengan pihak berkepentingan luar untuk tujuan yang diperlukan bagi latihan ini.



Namun, jika terdapat mereka yang berasa kurang sihat dan menunjukkan simptom jangkitan pernafasan akut (ARI), ujian ART akan segera dilakukan.



Ini merupakan antara tanggungjawab yang dipikul Korporal (CPL) Muhammad Iqshan Mohd Sa'ad yang telah ditugaskan sebagai medik untuk membantu di pusat perubatan latihan itu.



"Sekiranya terdapat peserta yang sakit dan menunjukkan simptom ARI ini, saya akan segera memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE) sebelum melakukan ujian ART terhadap pesakit itu," jelasnya.



Di samping tugasan di pusat perubatan, antara tugas utama CPL Iqshan adalah untuk memberi sokongan perubatan kepada pasukan Veloce 15 mini-UAV (pesawat kecil tanpa pemandu) apabila mereka menjalani latihan di luar.



Ini merupakan latihan di luar negara pertama bagi anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) berusia 21 tahun itu.



Menurutnya pelbagai persediaan perlu dilakukan sebelum mereka berangkat untuk latihan selama sepuluh hari yang berlangsung dari 14 September hingga semalam.



"Sebelum kami dikerahkan ke sini, kita harus menjalani kursus latihan perubatan bagi mengulang kaji semula apa yang telah kita pelajari di Singapura.



Ini membantu kami mengingat semula pengetahuan dan kemahiran perubatan kami.



"Ia juga untuk memastikan bahawa kami dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan untuk menangani sebarang kecemasan yang boleh berlaku di sini dan memberikan rawatan yang betul," tambah beliau ketika diwawancara wartawan menerusi satu sidang media maya baru-baru ini.



Sepanjang penglibatan CPL Iqshan dalam latihan itu, beliau berkata banyak cabaran yang perlu beliau lalui. Antaranya termasuk membiasakan diri dengan cuaca di Amerika Syarikat.



Menurut beliau, cuaca yang sering bertukar dan kelembapan yang rendah juga boleh menjejas kesihatan para peserta.



Ini kerana, mereka mudah terdedah kepada risiko penyahhidratan.



"Oleh itu, kita harus memastikan bahawa setiap peserta membawa botol air yang mencukupi apabila mereka menjalani latihan mereka di luar," katanya lagi.



Peluang berlatih di luar negara juga merupakan sesuatu yang berharga bagi diri CPL Iqshan.



Beliau menyifatkan peluang itu sebagai satu peluang yang telah membantu meningkatkan kemahirannya dalam bidang perubatan.



"Saya melihat peluang menjadi sebahagian daripada pasukan perubatan untuk latihan ini sebagai satu peluang yang sangat bermanfaat dan berharga.



"Ini kerana saya dapat menggunakan sepenuhnya pengetahuan dan kemahiran saya yang telah saya pelajari di Singapura," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >