Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pastikan kos perubatan, rawatan dimampui: Ye Kung

SG akan luaskan ubat, rawatan di bawah Senarai Ubat-Ubatan Standard; kawal kos inflasi didorong insurans
May 30, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA akan terus mengawal kos perubatan dan rawatan serta inflasi yang didorong insurans, dan menyampaikan penjagaan kesihatan yang baik tetapi tidak semestinya mahal, kata Menteri Kesihatan Encik Ong Ye Kung.



Langkah ini akan memastikan penjagaan kesihatan kekal dimampui di Singapura sedang penduduk semakin menua, kata Encik Ong.



Mengenai kos perubatan dan rawatan, Singapura akan meluaskan ubat dan rawatan di bawah Senarai Ubat-Ubatan Standard.



"Kami perlu menilai apa yang paling berkesan dari segi kos. Dari situ, kekalkan senarai, pastikan ia sejajar dengan rangka kerja subsidi dan had tuntutan insurans, dan runding dengan pembekal untuk pastikan harga yang dikenakan berpatutan dengan hasil yang diberikan," kata Encik Ong.



Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Seminar Pelan Kerja Kementerian Kesihatan pada 25 Mei lalu, yang dikeluarkan kementerian itu semalam.



Satu lagi strategi penting dalam memastikan kos jagaan kesihatan dimampui ialah untuk mengawal kos inflasi yang didorong insurans, kata Encik Ong.



Dalam usaha ini, prinsip pembayaran bersama harus terus didukung, untuk memastikan pengguna berbelanja dengan cermat untuk penjagaan kesihatan, dan doktor juga lebih berhati-hati dalam menyarankan rawatan yang sesuai.



Selain itu, Singapura perlu menyampaikan penjagaan kesihatan lebih baik.



"Lebih baik tidak semestinya bermaksud lebih mahal. Sebaliknya, ia boleh menjadi lebih cekap, memberi tumpuan kepada pesakit dan dimampui," kata Encik Ong.



Untuk melakukannya, tumpuan penjagaan kesihatan harus beralih daripada hospital jagaan akut kepada masyarakat.



Pesakit akan meraih manfaat daripada jagaan yang lebih teratur, mendapatinya lebih mudah untuk mendapatkan khidmat, dan kos yang lebih rendah di bawah sistem bersepadu ini.



Pesakit kronik juga akan meraih manfaat daripada khidmat penjagaan kesihatan dalam masyarakat.



"Dengan itu, hospital kita yang sudah pun mengurus bilangan pesakit tinggi boleh memberi tumpuan kepada pesakit yang perlu jagaan pakar atau kes kecemasan," kata Encik Ong.



Ini bermakna pesakit yang sudah menjalani pemulihan harus beralih ke hospital masyarakat dan kemudahan jagaan jangka panjang lain.



Ahli farmasi juga boleh memainkan peranan yang melengkapi, seperti menyediakan maklumat mengenai ubat-ubatan, memberinya kepada pesakit dan mendidik pesakit tentang penggunaan ubat-ubatan.



Jururawat juga kini melakukan lebih banyak tugas di barisan depan, dan jururawat terlatih boleh menghantar pesakit untuk menjalani pemeriksaan dan memberi ubat, sekali gus membantu pesakit untuk menjimatkan masa dan kos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >