Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG AIDILFITRI : Pelbagai tarikan menarik di Bazaar Utara

Pastikan kuih-muih yang dijual ikut 'selera' pelanggan

Jun 01, 2019 | 05:30 AM



PEGERAI Warung Man Baba yang terletak di Bazar Raya Utara di Woodlands yakin penjualan mereka akan meningkat pada minggu terakhir Ramadan ini.



"Kami yakin penjualan kami akan meningkat kerana kami memberi diskaun yang menarik," jelas Cik Zarina Mahadi, 53 tahun, pekerja di Warung Man Baba.



Selain bazar Raya Utara di Woodlands, Warung Man Baba juga mempunyai gerai di Geylang, Punggol dan juga Celebfest yang baru berakhir.



Dengan kuih-muih beraneka jenis, rupa dan perisa, pasti ada sebotol kuih yang akan menambat hati, tidak kira tua atau muda.



"Kami sering mengambil pandangan pelanggan dengan serius. Setiap tahun, kami akan membawa masuk kuih-muih yang diminati pelanggan kami.



"Untuk tahun ini, kami membawa masuk tart ondeh-ondeh dan sambutan sangat memberangsangkan hingga kami harus buat tempahan lagi," ujar Cik Zarina.



Dengan kuih muih buatan tangan yang memastikan kepuasan pelanggan dari segi rasa dan rupa, Warung Man Baba sering dikunjungi pelanggan setia setiap tahun.



"Tahun ini, kuih seperti kapit chocolate, tart ondeh-ondeh, jejari badam dan brownie MnM menjadi pilihan ramai orang di antara pelbagai jenis kuih dan kerepek yang kami menjual tahun ini," kata Cik Zarina.



"Pelanggan gemar dengan kuih kami, ramai yang datang balik untuk membeli kuih yang telah mereka membeli pada tahun yang lepas dan juga membeli kuih yang baharu.



"Mereka percaya dengan kami. Kuih tart kami juga sangat digemari kerana di Warung Man Baba, kuih tart kami dicepit dan bukan dicetak," tambah Cik Zarina lagi.



Bagi minggu terakhir di bazar raya Utara, Warung Man Baba akan memberikan pelanggan tawaran di mana mereka boleh membeli 4 botol dengan harga $50. Sebelum ini, satu botol dijual pada harga $15 hingga $18.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >