Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA ANUGERAH JAUHARI BERITA HARIAN

Pastikan legasi seni peninggalan ayah tidak akan hilang ditelan zaman

Dec 23, 2021 | 05:30 AM



MESKI Singapura kehilangan seorang tokoh dan seniman batik yang tersohor dan dihormati ramai, legasi Allahyarham Sarkasi Said tidak akan luput ditelan zaman.



Anaknya, Encik Ika Zahri Sarkasi, bertekad untuk terus memperjuangkan seni lukisan batik yang diturunkan oleh ayahnya itu kepada beliau dan adik-beradiknya.



"Melihat apa yang ayah telah kecapi sepanjang kehidupannya memberi kami semangat kuat untuk teruskan membuat lukisan batik dan menyambung legasi beliau," kata Encik Ika, anak sulung Allahyarham Sarkasi.



Walaupun sudah lama mengikuti jejak langkah ayahnya dalam menghidupkan seni tradisional itu - sejak usianya enam tahun - dan mencipta namanya sendiri dalam seni lukis batik, Encik Ika, 53 tahun, akur bahawa ia bukan mudah untuk menandingi dan mengulangi apa yang telah dikecapi ayahnya selama ini.



Beliau telah menyaksikan sendiri jerih payah yang terpaksa dilalui ayahnya, terutama dalam menyara kehidupan keluarga sebagai seorang penggiat seni.



"Saya rasa diri saya sendiri pun tak boleh capai apa yang ayah telah capai. Ini kerana perjalanan hidupnya bukan begitu mudah…banyak rintangan dan cabaran yang perlu beliau tempuh.



"Ia juga bukan satu perkara yang mudah menjadi seorang pelukis atau penggiat seni dengan keazaman dan semangat untuk sentiasa bekerja keras agar dapat membawa pulang nafkah untuk keluarga," tambah Encik Ika yang telah bergiat aktif dalam usaha mengadakan bengkel lukisan batik sejak awal 1990-an.



Walau apa pun badai yang melanda kehidupannya Allahyarham Sarkasi, yang mendapat gelaran "Bapa Batik Singapura', sentiasa tampak tenang dan sering bersikap positif serta bersemangat, hinggalah ke akhir hayatnya.



Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 14 Oktober lalu, pada usia 81 tahun dan meninggalkan seorang isteri serta empat orang anak.



Atas sumbangan seni batiknya kepada Singapura, Allahyarham Sarkasi semalam telah diiktiraf dengan anumerta Anugerah Jauhari 2021 Berita Harian.



Anugerah itu mengiktiraf sumbangan dan pencapaian cemerlang individu Melayu/Islam setempat, tidak kira dalam apa jua bidang yang diceburi, dan tokoh terpilih juga diakui telah meninggalkan kesan mendalam ke atas masyarakat melalui sumbangan dalam bidang yang diceburi.



Anugerah itu telah disampaikan oleh Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran, dalam jamuan malam yang diadakan di hotel Grand Hyatt Singapore bersama sekitar 100 tetamu.



Mengulas tentang pencapaian ini, Encik Ika yang menerima anugerah tersebut bagi pihak ayahnya dan keluarga berkata:



"Ia merupakan satu penghormatan besar dapat menerima anugerah ini bagi pihak ayah saya dan saya gembira kerana apa yang ayah sudah lakukan untuk masyarakat dihargai.



"Namun semasa hayatnya, ayah selalu berpesan kepada kita adik-beradik kalau kita hendak membuat sesuatu biarlah dengan ikhlas dan berdisiplin.



"Kita tidak seharusnya melakukannya hanya untuk mendapatkan anugerah ataupun mengejar nama.



"Macam mana susah pun pekerjaan itu, kita perlu sentiasa berdisiplin dan memberikan seratus peratus dengan ikhlas jadi dapat menghasilkan kerja yang terbaik."



Allahyarham Sarkasi, atau lebih mesra dengan panggilan Pak Sarkasi atau menerusi nama artisnya "Tzee", turut dikenali di peringkat antarabangsa bagi seni batiknya yang berani dan abstrak.



Pada 1979, lukisan pertamanya dipamerkan di sebuah galeri Florida, di Amerika Syarikat, dengan lukisan itu mendapat anugerah bagi kategori penyertaan asing terbaik.



Hasil lukisannya bukan sekadar dipamerkan di Amerika, malah seluruh rantau Asia Tenggara, Jepun, China, Korea, Taiwan, Malta dan juga Eropah.



Allahyarham Sarkasi, yang mula mempelajari seni lukisan batik pada tahun 1950-an, merupakan seorang penerima Pingat Budaya pada 2020, pingat kesenian tertinggi negara.




GEMBIRA SUMBANGAN AYAH DIHARGAI



"Ia merupakan satu penghormatan besar dapat menerima anugerah ini bagi pihak ayah saya dan saya gembira kerana apa yang ayah sudah lakukan untuk masyarakat dihargai.



Namun semasa hayatnya, ayah selalu berpesan kepada kita adik beradik kalau kita hendak membuat sesuatu biarlah dengan ikhlas dan berdisiplin.



Kita tidak seharusnya melakukannya hanya untuk mendapatkan anugerah ataupun mengejar nama.



Macam mana susah pun pekerjaan itu, kita perlu sentiasa berdisiplin dan memberikan seratus peratus dengan ikhlas jadi dapat menghasilkan kerja yang terbaik."
- Encik Ika, anak sulung sewaktu bersama Allahyarham Sarkasi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >