Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pastikan sentuhan sihat kuih-muih, kek sempena Lebaran

Apr 18, 2022 | 05:30 AM



JIKA anda memilih untuk memasak sendiri kuih-muih, kek atau kerepek menjelang Lebaran, pastikan ia mendapat sentuhan sihat.



Jika anda sudah mempunyai senarai kuih-muih dan kek yang ingin dimasak buat tetamu yang bakal berkunjung, ini adalah masanya. Fikirkan menu yang sihat untuk tetamu.



❒ Semasa membakar biskut atau untuk Hari Raya, kurangkan gula putih yang digunakan sebagai pemanis makanan sebanyak tiga suku cawan dan gunakan kismis yang diadun dalam makanan pemproses sebagai alternatif pemanis.



❒ Gunakan buah-buahan segar seperti epal, pear, mangga atau nanas untuk masakan kek atau biskut Raya dan dapat meningkatkan kandungan serat.



❒ Cuba gunakan buah-buahan yang baru dipotong untuk menghiasi kuih-muih anda. Ia bukan sahaja menarik secara visual, ia juga lebih sihat.



Anda juga masih belum terlambat untuk mengamalkan pemakanan sihat sewaktu Ramadan - walaupun masih tinggal beberapa hari berpuasa.



Memandangkan waktu makan adalah terhad pada waktu berbuka, pilihlah makanan dan minuman yang lebih sihat kerana ia akan membuatkan anda berasa bertenaga dan berkhasiat sepanjang hari.



❒ Banyakkan minum air semasa sahur untuk memastikan diri anda terhidrat sepanjang hari.



Sebagai alternatif, anda boleh menyediakan air buah yang direndam untuk menambah kesegaran semula jadi dan perisa untuk minuman anda, tanpa gula tambahan.



❒ Semasa berbuka puasa, mulakan dengan meminum air untuk menghidratkan diri dan mengurangkan peluang untuk makan secara berlebihan.



❒ Pilih air kurang gula dalam minuman atau pilih minuman lebih sihat dengan simbol 'Healthier Choice'.



❒ Anda juga boleh menyediakan minuman yang dibuat sendiri dengan mengurangkan kandungan gula seperti kopi kosong atau teh kurang manis.



Bagaimanapun, minuman yang kurang bergula ini masih perlu diminum secara bersederhana.



❒ Apabila bersahur, pilih makanan bijirin penuh, seperti beras perang dan roti gandum, kerana ini akan membuatkan anda berasa kenyang untuk tempoh lebih lama.



Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan serat dan penting semasa berpuasa.



❒ Semasa berbuka puasa, hidangan hendaklah seimbang dan berkhasiat.



Cuba makan makanan daripada semua kumpulan makanan utama: buah-buahan dan sayur-sayuran, beras perang dan roti mil penuh, serta daging dan lain-lain (termasuk tenusu).



❒ Kurma, yang secara tradisinya dimakan pada waktu berbuka puasa hendaklah dimakan secara sederhana kerana kandungan gula yang tinggi walaupun ia merupakan sumber tenaga yang sangat baik.



❒ Teruskan makan secara sederhana dan kekalkan diet seimbang. Gunakan Pinggan Sihat Saya sebagai panduan untuk diet yang lebih sihat dan seimbang.



Isi separuh pinggan anda dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, satu perempat daripada pinggan dengan nasi perang atau mi/roti dan suku lagi dengan daging dan protein yang lain seperti ikan atau tauhu.



Jika anda tidak dapat mengikuti Pinggan Sihat Saya pada setiap hidangan, rancang makanan anda supaya anda makan makanan daripada semua kumpulan makanan.



❒ Berhati-hati dengan saiz bahagian dan elakkan makan secara berlebihan untuk mengelakkan daripada ketidakhadaman serta penambahan berat badan yang tidak diingini.



❒ Jika anda memesan makanan untuk berbuka puasa atau bersahur, pilihlah makanan lebih sihat yang ditawarkan oleh katerer makanan di bawah Program Makan Lebih Sihat (HDP) Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) .



Di bawah HDP, HPB bekerjasama dengan industri makanan dan minuman untuk menyediakan hidangan rendah kalori, bahan yang lebih sihat seperti nasi bijirin penuh atau minyak masakan yang lebih sihat, buah-buahan dan sayur-sayuran, serta air yang menjadi sebahagian daripada menu mereka.



❒ Bagi mereka yang menyediakan makanan di rumah untuk bersahur atau berbuka puasa, tukar makanan biasa dengan produk yang mempunyai Simbol Pilihan Lebih Sihat apabila mendapatkan barangan runcit.



Produk ini biasanya lebih rendah dalam lemak tepu, natrium, gula dan lebih tinggi dalam serat makanan, kalsium dan bijirin penuh, berbanding produk yang serupa.



Juga terdapat pelbagai jenis produk dengan Simbol Pilihan Lebih Sihat, termasuk minyak masak dan sos. Jadi buatlah penggantian yang sihat tanpa berkompromi dengan rasa.



❒ Gunakan herba dan rempah-ratus untuk perisa bukannya garam, sos dan perasa.



❒ Apabila membeli beras, belilah beras dengan Simbol Pilihan Lebih Sihat, kerana ini mengandungi sekurang-kurangnya 20 peratus bijirin penuh.



Mengambil diet yang kaya dengan bijirin penuh, seperti beras perang dan mi bijirin penuh, boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes dan barah tertentu.



❒ Gunakan kaedah memasak yang lebih sihat seperti mengukus, memanggang, merebus, memanggang dan bukannya menggoreng dengan minyak yang banyak.



❒ Tukar makanan berkalori tinggi seperti hidangan dan makanan yang digoreng yang mengandungi kari atau berkuah dengan protein tanpa lemak, buah-buahan, sayur-sayuran, rebusan berasaskan sup dan bijirin penuh. Makanan ini lebih tinggi serat dan kandungan air, yang mungkin membuatkan anda kenyang lebih lama.




► Panduan makanan sihat semasa berpuasa ini disediakan oleh Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >