Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BANTU MANGSA BANJIR DI MALAYSIA

Pastikan sumbangan selamat sampai

Ramai warga Singapura telah menyingsing lengan untuk menghulur bantuan kepada mangsa banjir di Malaysia. Walaupun dari jauh, mereka mengumpul barangan keperluan seperti pakaian dan makanan dan mengumpul wang derma untuk disalurkan kepada negara jiran itu. BERITA HARIAN mewawancara beberapa individu serta pertubuhan yang telah menyumbang kepada usaha tersebut.
Dec 29, 2021 | 05:30 AM



SUMBANGAN daripada warga Singapura untuk membantu mangsa banjir di Malaysia tidak henti-henti mengalir dan terus disalurkan menerusi pelbagai wadah dan inisiatif setempat sejak minggu lalu.



Dengan lebih banyak kawasan dijangka terjejas dengan banjir di negara itu, terdapat keperluan untuk mengambil tindakan segera dan mengatasi cabaran logistik untuk memastikan barangan yang didermakan disampaikan dengan selamat ke pihak yang ditujukan, kata penganjur misi kemanusiaan.



Dianggarkan lebih $200,000 telah dikumpulkan menerusi Palang Merah Singapura serta usaha mengumpul dana oleh pihak lain.



Selain dana wang, terdapat juga beberapa usaha seperti yang dipimpin Ustaz Muhammad Faisal Mohamed Ayub yang mengumpul barangan seperti pakaian, sejadah, selimut, tuala dan macam-macam lagi untuk diberikan kepada mangsa.



Menurut Ustaz Faisal, pasukannya telah berhenti menerima barangan pada hujung minggu lalu dan sejauh ini telah mengumpul sekitar lima hingga enam tan barangan seperti pakaian untuk dihantar ke Malaysia.



"Kuasa Internet dan mesej yang disebar dari individu ke individu sangat kuat. Saya amat terharu dengan sambutan dan bantuan yang diterima," ujar pengarah dan pengasas Gift Appeal Foundation itu.



Menurut beliau, semalam adalah hari keenam di mana pasukannya serta relawan telah tampil bantu mengasingkan barangan yang diterima.



Sehingga kelmarin, mereka sudah hampir selesai mengasingkan barang-barang dan masih perlukan bantuan untuk memindahkan barang-barang yang dikumpulkan yang dianggarkan dapat membantu hingga tujuh daerah kampung dalaman yang terjejas, di luar kota.



Menjelaskan rancangannya, Ustaz Faizal berkata bermula semalam, mereka sudah mula menerima derma wang sumbangan untuk membantu mangsa yang perlukan barangan lain selain pakaian serta apa yang mereka telah kumpulkan.



Seorang lagi yang menganjurkan usaha bantuan itu adalah pengasas dan pegawai pengarah eksekutif Aspire Institute, Ustaz Yazid Muhammad Salleh.



Menurutnya, ramai lagi warga Singapura yang masih ingin menderma barangan namun terpaksa ditolak kerana terlalu banyak barang dan mereka tidak mampu menanganinya.



Mengulas mengenai sasarannya bagi pengumpulan barangan ini, Ustaz Yazid berkata:



"Sebenarnya kami tidak mempunyai sasaran dan hanya mempunyai 300 kotak untuk mengisi dengan barangan yang disumbangkan.



"Ini termasuk telekung, sejadah, selimut dan pakaian.



"Tetapi dengan sokongan orang ramai, jumlah itu meningkat kepada 700 kotak tambahan iaitu lebih daripada dua kali ganda daripada asal."



Bagi kededua misi kemanusiaan itu, barangan yang diderma akan dihantar ke Malaysia menggunakan lori sebesar 40 kaki dan 20 kaki untuk merentasi sempadan.



Barangan yang dikumpulkan akan dihantar kepada kenalan mereka masing-masing di Malaysia yang akan menyalurkan barangan kepada mangsa.



"Inilah masanya untuk kita bergotong-royong dan bersatu-padu untuk membantu dan menunjukkan sifat kemanusiaan kita," kata Ustaz Faisal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >