Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majlis walimah diteruskan tapi mempelai ambil langkah pencegahan

Pastikan tidak lebih 250 tamu di ruang majlis dalam satu-satu masa

Mar 23, 2020 | 05:30 AM



Dengan penularan wabak Covid-19 yang berterusan, ramai mempelai peka akan keadaan dan mengambil langkah pencegahan tambahan untuk memastikan tetamu turut mengamalkan jarak sosial selain mengehadkan jumlah tetamu kepada seramai 250 orang pada satu-satu masa di majlis perkahwinan mereka. Wartawan NATASHA MUSTAFA (nmustafa@sph.com.sg) mewawancara dua pasangan yang mengadakan majlis perkahwinan mereka hujung minggu lalu.



PARA tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan Encik Mohammad Zulhilmi Mohamad Nizar dan Cik Nurbasirah Buang di Chai Chee semalam terpaksa 'dihalang' masuk apabila pekarangan itu sudah terlalu ramai orang.



Kawasan jamuan di kolong blok itu telah diadang bagi memastikan hanya ada satu saja laluan masuk bagi memastikan tidak lebih daripada 250 individu berada di ruang majlis demi mengurangkan risiko Covid-19.



Selain itu, pasangan ini juga telah melaksanakan beberapa langkah tambahan lain supaya tetamu dapat mengamalkan jarak selamat semasa majlis tersebut.



Ketika dihubungi oleh Berita Harian (BH), Encik Zulhilmi, 25 tahun, berkata banyak penyesuaian terpaksa dilakukan sejak seminggu yang lalu.



Anak bongsu keluarga tiga beradik itu sepatutnya bernikah di Masjid Darul Ghufran kelmarin tetapi disebabkan penutupan masjid, rancangan beliau terjejas.



"Apabila saya dapat panggilan daripada tok kadi, saya memang sedih dan kecewa. Dengan perasaan panik saya pun bertanya kepada ibu saya apa yang seharusnya dilakukan," kongsinya.



Namun, beliau bergegas menukar rancangannya dan terpaksa memindahkan majlis pernikahannya ke rumahnya.



Keluarga Encik Zulhilmi telah mengundang sekitar 1,000 tetamu untuk majlis semalam.



Cik Maria Ali, ibu pengantin lelaki itu, berkata sejak pengumuman pemerintah itu, beliau telah mengambil langkah pencegahan tambahan semasa majlis walimah anaknya semalam, demi kemaslahatan tetamu.



"Saya telah menelefon dan menghantar mesej kepada kebanyakan tetamu tentang perkembangan terkini.



"Jadi bagi mereka yang kurang sihat, saya minta maaf dan menasihati mereka agar elakkan daripada menghadiri jemputan ini kerana saya tidak mahu virus itu tersebar kepada tetamu lain terutama mereka yang mudah diserang jangkitan," jelas beliau yang berumur 54 tahun.



Menurut Cik Maria yang reda dengan keadaan itu, beliau telah meluaskan ruang antara meja, kerusi dan meja bufet di kolong blok itu supaya tetamunya boleh mengamalkan jarak selamat ketika mengambil makanan.



Mengongsi dengan lebih lanjut, anak saudaranya juga ditugaskan mengambil suhu badan di tempat masuk selain mendaftarkan tetamu supaya mereka boleh mengesan kontak. Selain itu, sanitiser atau pembersih tangan turut disediakan untuk tetamu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >