SEDUTAN UCAPAN PRESIDEN TONY TAN
Pastikan titik merah terus bersinar
Jan 16, 2016 | 06:20 AM
SG50 detik penting bagi rakyat Singapura. Pemergian Encik Lee Kuan Yew, Perbarisan Hari Kebangsaan dan acara istimewa lain membantu kita menghargai betapa jauh kemajuan kita sejak kemerdekaan, dan betapa nilai dan uniknya kediaman yang telah kita bina.
Kita memperkukuh nilai yang penting dan meraikan hubungan yang menyatu padukan kita bersama; dan kita berikrar membina Singapura yang lebih baik.