Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pastikan wujud ruang bersama untuk perpaduan negara

Shanmugam: Tolak fahaman pelampau, jauhkan mentaliti 'kita menentang mereka'
Aug 12, 2018 | 05:30 AM



SINGAPURA akur pentingnya untuk tidak bersandarkan kepada mentaliti "kita menentang mereka", kata Menteri Undang-undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K Shanmugam.



Lantaran itu, negara ini mengambil pendekatan tegas terhadap komen berbaur kebencian dan hasutan terhadap kaum dan agama serta memastikan adanya ruang bersama untuk semua.



Encik Shanmugam berkata demikian semalam ketika bercakap kepada lebih 200 pelajar daripada tiga kolej Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dalam Forum Belia Kumpulan Jagaan Susulan Antara Agensi (AGC).



Forum di ITE Kolej Central itu bertajuk Bahaya Fahaman Pelampau dalam Dunia Siber: Membina Daya Tahan dalam Belia.



Encik Shanmugam menjelaskan, pendekatan Singapura ialah menghormati satu sama lain dalam masyarakat majmuk yang berbilang agama dan bahasa tetapi pada masa sama, memastikan adanya ruang buat semua.



"Kita pastikan adanya ruang individu bagi anda keluar dan mengamalkan agama sendiri dan menjalani kehidupan, tetapi juga adanya ruang bersama.



"Ini kerana kita tidak boleh menjadi sebuah masyarakat jika kita tidak berinteraksi dengan satu sama lain.



"Kita juga perlu menjadi warga Singapura.



"Kita boleh berbangsa India, Melayu, Cina, kita boleh beragama Hindu, Buddha, Taoist, Islam, Kristian namun kita juga ada identiti lain - kita adalah rakyat Singapura," tekannya.



Menurut Encik Shanmugam, jika masyarakat tidak bercampur gaul, identiti Singapura itu akan hilang.



"Dalam konteks ini, adalah sangat penting agar kita tidak memiliki mentaliti "kita menentang mereka".



"Ini sebabnya di Singapura, kita mengambil pendekatan sangat tegas terhadap komen berbaur kebencian dan hasutan," ujarnya.



Encik Shanmugam mengingatkan masyarakat bahawa keharmonian, keamanan serta rasa hormat antara satu sama lain yang dinikmati di sini, tidak wujud di banyak negara.



Maka itu, Singapura bukan hanya mahu memeliharanya tetapi mahu memperkukuhkannya.



"Kita mahukan ruang bagi agama dan bahasa kita, dan kita juga mahukan satu ruang bersama, satu identiti warga Singapura, yang membolehkan kita berinteraksi dengan satu sama lain.



"Dan tanggungjawab anda adalah untuk berusaha mencapai semua ini.



"Menentang fahaman radikal, menentang fahaman pelampau, menentang apa sahaja yang menghambat perpaduan dan sebaliknya, perkukuhkan perpaduan.



"Tolak dasar yang mengasingkan (kaum). Tolak perdebatan palsu yang berdasarkan bangsa atau penindasan," gesa Encik Shanmugam.



Awal daripada itu, beliau menyingkap penularan pengganasan di peringkat sejagat dan serantau.



Kumpulan pengganas ISIS yang bermula di Timur Tengah kini menampakkan kewujudannya di Eropah, Afrika, Amerika dan Asia.



Kumpulan pengganas Al-Qaeda dan Jemaah Islamiyah (JI) pula aktif di merata dunia termasuk Asia Tenggara, Indonesia dan Malaysia



Encik Shanmugam melahirkan kebimbangannya lebih tentang Al-Qaeda dan JI meskipun tumpuan dunia adalah pada ISIS.



Sebagaimana jelasnya:



"Walaupun tumpuan menjurus ke arah ISIS, Al-Qaeda dan JI secara senyap mengumpul daya tenaga mereka, mengumpulkan semula anggota, mengemukakan bahan mereka, merekrut anggota baru, mengumpul wang bagi serangan besar apabila tiba masanya.



"Orang ramai tidak memikirkan tentang Al-Qaeda tetapi kenyataannya mereka wujud dan mempunyai banyak sumber. Al-Qaeda hari ini lebih besar, mempunyai ramai anggota, bertapak di banyak negara daripada sebelumnya. Justeru, kita boleh jangkakan serangan berskala besar tidak lama lagi," tambahnya lagi.



Dalam pada itu, jumlah individu berfahaman pelampau yang ditangkap di sini telah meningkat - 20 orang bagi tempoh 2015 hingga sekarang, berbanding 11 orang antara 2007 dengan 2014.



Dalam hal ini, belia antara lain digalakkan agar memerangi pengganasan di dalam talian menyebar mesej positif tentang keamanan, nilai persahabatan dan bekerjasama dalam ruang bersama.



Semasa forum itu, Encik Shanmugam bersama Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin turut mengadakan dialog tertutup dengan peserta forum itu.



"Kita mahukan ruang bagi agama dan bahasa, dan kita juga mahukan satu ruang bersama, satu identiti warga Singapura, yang membolehkan kita berinteraksi dengan satu sama lain.

"Dan tanggungjawab anda adalah untuk berusaha mencapai semua ini. Menentang fahaman radikal, menentang fahaman pelampau, menentang apa sahaja yang menghambat perpaduan dan sebaliknya, perkukuhkan perpaduan.

"Tolak dasar yang mengasingkan (kaum). Tolak perdebatan palsu yang berdasarkan bangsa atau penindasan."

- Menteri Undang-undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K Shanmugam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >