Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasukan 4G PAP bakal lancar usaha bentang peta jalan S'pura, perbarui kemampatan sosial:: Lawrence Wong

May 01, 2022 | 02:06 PM



GENERASI pemimpin selanjutnya dalam parti pemerintah akan melakar peta jalan buat Singapura bagi dekad mendatang dan sesudah itu, kata pemimpin generasi keempat (4G) yang dipilih, Encik Lawrence Wong pada Ahad (1 Mei).



Pasukan ini akan mendekati pemegang taruh daripada pelbagai bidang - kesatuan dan orang ramai dari sektor awam - bagi mendengar pandangan tentang ekonomi, jagaan kesihatan, perumahan, pendidikan dan bidang lain, kata Encik Wong.



Beliau mendedahkan perancangan yang bakal dibuat itu kepada aktivis kesatuan yang berhimpun bagi Rapat Hari Pekerja di Downtown East. Terdapat 900 hadirin dan lagi 1,000 orang yang menghadiri sesi rapat dalam talian.



"Pasukan 4G dan saya akan memimpin satu latihan untuk menyegarkan semula kemampatan sosial. Kami akan mempertimbangkan apa yang kami perlu lakukan secara berbeza tetapi menegaskan juga apa yang telah dilaksanakan dengan baik dan bagaimana kita dapat lakukan dengan lebih baik lagi," jelasnya.



 



Encik Wong dilantik sebagai pemimpin 4G Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada 14 April lantas membuka jalan baginya menjadi perdana menteri Singapura seterusnya.



 



Pada Ahad, Encik Wong berkata latihan itu bukan sahaja tentang apa yang pemerintah boleh buat untuk orang ramai tetapi juga memandangkan Singapura sudah pelajari sesuatu sewaktu pandemik, apa yang setiap orang boleh buat untuk satu sama lain.



"Dan bagaimana kita semua secara kolektif boleh menyumbang kepada usaha membangun masyarakat yang lebih baik yang meliputi nilai yang kita perjuangkan," kata Encik Wong.



"Secara ringkas, kita bertujuan membangun agenda 'Singapura Ke Depan' yang akan membentangkan peta jalan bagi dekad selanjutnya dan seterusnya," tambahnya.



Peta jalan ini akan menjadi amanah besar pasukan 4G dan akan dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi, kata Encik Wong.



Beliau menjelaskan beliau telah mengumumkan rancangan ini pada Ahad untuk mendapatkan penyertaan penuh gerakan pekerja serta sokongan bagi latihan tersebut sambil menekankan bahawa gerakan pekerja dan usaha tiga pihak telah menjadi tunggak kejayaan Singapura selama berdekad lamanya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >