Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasukan Amtas berangkat ke Saudi tinjau protokol umrah; dua anggota tergendala kerana positif Covid-19

Oct 23, 2021 | 05:46 PM



SINGAPURA/JEDDAH: Hanya 14 daripada 16 anggota pasukan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas) telah berangkat ke Arab Saudi pada petang Sabtu (23 Okt) bagi lawatan pembelajaran seminggu untuk meninjau protokol kesihatan dan keselamatan baru  di tanah suci Madinah dan Makkah bagi jemaah umrah Singapura.



Dua anggota pasukan pula tidak menyertai lawatan itu kerana menerima keputusan positif ujian Reaksi Rantai Polimerase (PCR) yang perlu dijalankan tidak melebihi 72 jam sebelum berangkat dari Singapura.



Jurucakap pasukan pembelajaran yang ditubuhkan Pasukan Bertindak Amtas bagi meninjau protokol umrah semasa di Arab Saudi, Ustazah Juyda Noor Mohamed,  tidak mendedahkan siapa yang diuji positif Covid-19 itu namun difahamkan mereka merupakan pengarah daripada dua syarikat ejen penyedia pakej haji dan umrah (GSA).



Ustazah Juyda menjelaskan, kejadian seperti itu dijangkakan sedang kes jangkitan di Singapura bertambah tinggi.



Namun, 'kegenjotan' itu membolehkan pasukannya merancang aturan perjalanan alternatif bagi jemaah yang memperolehi keputusan positif ujian PCR praperjalanan mereka.



“Ada hikmah di sebalik kejadian ini dan ia memang dalam perancangan dan jangkaan kami,” katanya menjawab pertanyaan Berita Harian (BH) semasa di pesawat dalam perjalanan ke Jeddah.



“Pada masa yang sama ia juga akan membolehkan pihak GSA merancang protokol dan atur cara perjalanan alternatif kepada jemaah yang diuji positif sebelum berangkat.”



Misalnya, visa umrah yang membolehkan para jemaah menjalankan ibadah umrah di tanah suci Madinah dan Makkah, adalah sah sepanjang 30 hari.



“Sekiranya seorang jemaah itu diuji positif, pihak GSA boleh melakarkan bagaimana mereka masih boleh menjalankan ibadah umrah sesudah mereka menyelesaikan tempoh kuarantin.



Di Singapura, langkah pengasingan terkini menurut Kementerian Kesihatan (MOH) adalah; bagi pesakit positif yang menghidap simptom tetapi sudah divaksin sepenuhnya adalah 10 hari manakala yang belum divaksin adalah 14 hari.



Bagi pesakit yang diuji positif tetapi tidak menghidap simptom, mereka perlu mengasingkan diri sepanjang 72 jam dan kemudian menjalankan Ujian Pantas Antigen (Art) hingga memperolehi keputusan negatif untuk menyambung semula kehidupan seperi biasa.



Ustazah Juyda berkata: “Memandangkan visa umrah itu merupakan satu pakej, kami (pihak GSA) akan lihat bagaimana kami boleh mengaturkan semula tempahan tiket penerbangan, penginapan di hotel, serta pendaftaran berkait ibadah umrah lain agar mereka masih dapat menunaikan umrah selepas menjalani kuarantin selagi visa mereka masih sah.



Pasukan pembelajaran yang kini dianggotai 14 orang itu berangkat dari Singapura pada sekitar dua petang menerusi pesawat Scoot, TR 9596.



Wakil-wakil daripada 10 syarikat GSA menyertai lawatan itu yang akan meninjau protokol keselamatan di tanah suci Madinah dan Makkah seperti Masjid Nabawi dan makam Rasulullah di Madinah, dan Masjidil Haram di Makkah.



Antara syarikat-syarikat yang diwakili itu adalah; Shahidah Travel, Noor Mohamad Services and Travel, Jalaluddin Travel, Evershine Travel and Tours, Thoha Travels & Tours; Hahnemann Travel and Tours; Al Munawwarah Travel & Tours; Hamidah Travel & Tours; TM Fouzy Travel & Tours, dan Afandi Travel & Services.


Selain rombongan itu terdapat lagi 14 penumpang dalam pesawat itu salah satunya ialah wakil daripada Halijah Travels namun tidak menyertai lawatan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >