Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAWATAN AMTAS KE TANAH SUCI

Pasukan Amtas tinjau cara ujian Covid-19 dilaksana di Madinah, Makkah

Oct 26, 2021 | 05:30 AM



SELAIN meninjau langkah pengurusan selamat bagi menjalankan ibadah umrah di Masjidil Haram, rombongan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Muslim Singapura (Amtas) yang telah berangkat ke kota Makkah dari Madinah semalam juga bermatlamat meninjau cara Ujian Reaksi Rantaian Polimerase (PCR) dijalankan di situ.



Mereka telah berangkat ke Madinah selepas Zohor waktu tempatan dan telah singgah antara masjid tertua dalam Islam, Masjid Quba di luar Madinah dan kemudian ke Bir Ali untuk menjatuhkan niat umrah sambil berpakaian ihram.



Pasukan itu akan membuat tinjauan berkenaan kerana jemaah perlu menjalani ujian PCR, tidak melebihi 48 jam sebelum berangkat dari Arab Saudi ke Singapura di bawah peraturan perjalanan bagi negara-negara di bawah Kategori II, risiko kesihatan Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura.



Ini bermakna, rombongan pasukan pembelajaran itu perlu menjalani ujian PCR paling awal hari ini jam 5.40 petang waktu di Arab Saudi, kerana mereka dijangka berangkat ke Singapura pada waktu tersebut lusa (8.40 malam waktu Singapura).



Delegasi 14 wakil daripada 10 syarikat Ejen Penyedia Pakej Umrah dan Haji (GSA) itu ingin tahu bagaimana ujian PCR dijalankan di Pusat Perubatan AlBayt yang terletak di sekitaran Masjidil Haram.



Jurucakap pasukan itu, Ustazah Juyda Noor Mohamad menambah, pihaknya juga akan meninjau harga bagi ujian PCR itu kerana jemaah yang tidak mempunyai insurans umrah yang meliputi insurans Covid-19 akan diperlukan membiayai kos ujian itu sendiri.



Menurutnya, harga bagi ujian itu adalah sekitar SAR230 ($82.45) tanpa cukai 15 peratus. Rata-rata harga sepenuhnya dijangka SAR 264.50.



Tambahan pula, Ustazah Juyda, yang juga Penolong Setiausaha Amtas berkata pasukannya turut akan meninjau cara menjalankan umrah di bawah norma baru.



"Sehingga kini, kita tahu bahawa jemaah yang memegang visa umrah dan ingin pergi menjalankan umrah dengan aturan yang disediakan pihak Muasassah (pihak Kementerian Haj dan Umrah Arab Saudi), hanya dibenarkan menunaikan ibadah umrah satu kali sahaja, dan difahamkan perlu diselesaikan dalam sekitar tiga jam," katanya.



Namun, jika jemaah visa umrah ingin menunaikan umrah tambahan selain yang diaturkan itu masih boleh berbuat demikian menerusi aplikasi Etamarna yang mana jemaah boleh menempah permit umrah, penziarahan dan ruang solat di Masjidil Haram dengan sendiri namun tergantung pada bekalan slot yang disediakan jemaah setiap hari.



Aplikasi tersebut, boleh digunakan semua jemaah tidak kira pemegang visa umrah atau visa ziarah, namun ia perlu digunakan dengan aplikasi susulan Tawakkalna yang berfungsi untuk menunjukkan bukti vaksinasi.



Kedua-dua aplikasi itu, memerlukan kad SIM telekomunikasi Arab Saudi yang sah untuk digunakan.



"Kini, jemaah terikat dengan peraturan tertentu dan bukan lagi 'free and easy' seperti sebelum Covid," kata Ustazah Juyda lagi.



Pihaknya juga prihatin terhadap waktu yang diperuntuk dalam setiap tempahan umrah sepanjang tiga jam itu, terutamanya warga emas kerana norma baru bagi umrah kini memerlukan sedikit kemahiran dalam menggunakan kemudahan digital.



Arab Saudi telah membenarkan rakyat dari luar negara menunaikan umrah dengan syarat sudah lengkap vaksin Covid-19 sama ada vaksin Pfizer, Moderna, AstraZeneca atau Johnson & Johnson (J&J).



Imunisasi lengkap membabitkan vaksin keluaran China pula dikehendaki berserta dos 'penggalak' sama ada suntikan Pfizer, Moderna, AstraZeneca atau J&J.



Jemaah 18 tahun ke atas juga dibenarkan dengan ketibaan mereka melalui agensi umrah yang ditauliahkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.



Biarpun demikian, pemimpin pasukan itu dan Naib Presiden Amtas, Ustaz Jalalludin Hassan berkata, peraturan dan keperluan norma baru ini sememangnya memudahkan proses bagi jemaah menjalankan ibadah mereka.



"Meskipun dahulu, tidak ada banyak halangan dan peraturan yang agak ketat… kami mendapati, pelaksanaan umrah dan penziarahan lebih teratur dengan bantuan kemudahan digital.



"Ada hikmah di sebalik perkara yang terjadi ini kerana dengan bantuan digital itu, prosesnya lebih teratur dan dapat dikawal jumlah orang yang ingin menziarahi tempat-tempat tertentu seperi Raudah dan makam Rasulullah di Madinah, dan ibadah umrah di Makkah," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >