PASUKAN bertindak industri yang melihat perkembangan kod QR yang sama bagi Singapura telah dibentuk - dalam meneruskan usaha membuat pembayaran tanpa tunai lebih luas sebagai sebahagian daripada wawasan Negara Bijak.
Penguasa Kewangan Singapura (MAS) semalam menyatakan matlamat pasukan bertindak yang dipanggil SGQR itu ialah menjadikan spesifikasi QR dapat menerima skim pembayaran domestik dan antarabangsa menjelang akhir tahun ini.