Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:28
Maghrib
7:14
Isyak
8:25
Setempat

Pasukan bertindak bantu perkasa rakyat S’pura dan lindungi pekerja di tengah peralihan ekonomi

May 23, 2020 | 08:12 AM

PASUKAN bertindak baru yang dibentuk bagi meneliti cara baru untuk menangani kesan ekonomi jangka panjang disebabkan wabak Covid-19, sedang meneliti apa yang dapat dilakukan untuk membantu rakyat Singapura mengharungi perubahan pesat dalam pelbagai industri.

Dalam satu wawancara bersama stesen radio Money FM 89.3 semalam (22 Mei), Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee berkata antara tumpuan Pasukan Bertindak Bangkit Lebih Kukuh (EST) adalah untuk menilai dan memahami situasi yang sentiasa berkembang serta kesannya agar rakyat Singapura dapat menggarap peluang yang ada sepanjang masa yang sukar ini.

Pasukan bertindak 17 anggota, yang dipengerusikannya bersama ketua eksekutif kumpulan PSA International, Encik Tan Chong Meng, telah mengadakan dua mesyuarat dalam talian bulan ini.

Encik Lee menambah bahawa meskipun pasukan bertindak itu memberi tumpuan terhadap menangani cabaran ekonomi, ia juga bertujuan membantu pekerja, perniagaan dan ekonomi untuk memanfaatkan tawaran baru yang boleh diperolehi dari digitalisasi, realiti maya dan perubahan pada rantaian bekalan.

“Komitmen kami adalah untuk berbicara dengan warga Singapura dari semua lapisan masyarakat dan syarikat besar serta perusahaan kecil dan sederhana...yang prihatin dengan masa depan Singapura,” ujarnya. - The Straits Times

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian