Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasukan bertindak baru bagi sokong golongan PME

Dibentuk NTUC-Persekutuan Majikan Nasional S'pura; khusus bagi pekerja usia 40-60 tahun
Oct 28, 2020 | 05:30 AM



GOLONGAN karyawan, pengurus dan eksekutif (PME) yang berusia di antara 40 dengan 60 tahun akan mendapat lebih banyak perlindungan dan sokongan pekerjaan menerusi pembentukan satu pasukan bertindak baru.



Pasukan bertindak itu dibentuk bersama oleh Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Persekutuan Majikan Nasional Singapura (SNEF), menurut kenyataan NTUC.



Ia antara lain akan memberi tumpuan kepada tiga bidang termasuk merangsang daya pengambilan kerja PME dan mengurangkan risiko pembuangan kerja serta menggalak majikan dalam mengekalkan dan membina keupayaan tenaga kerja dan transformasi perniagaan di samping pemulihan ekonomi.



Selain itu, pasukan berkenaan akan menjalankan usaha untuk memudahkan PME meningkatkan daya pengambilan kerja dengan meningkatkan kemahiran dan melatih diri semula.



Pasukan 16 anggota itu akan diterajui bersama Penolong Setiausaha Agung NTUC, Encik Patrick Tay, dan pengarah eksekutif SNEF, Encik Sim Gim Guan, serta terdiri daripada wakil kesatuan dan industri dari sektor awam, perkhidmatan dan perindustrian.



Mengumumkan demikian semalam semasa Persidangan Kajian Buruh 2020, Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, berkata golongan PME yang lebih berusia khususnya, lebih terdedah kepada perubahan ekonomi dan ganggun teknologi.



"Saya tahu bahawa PME, khususnya dalam golongan usia 40 hingga 60 tahun, telah dijejas secara signifikan oleh ekonomi lemah.



"Pasukan bertindak ini akan berusaha membantu golongan PME ini.



"Kami akan meneliti bagaimana NTUC akan mewakili mereka dengan lebih baik di tempat kerja, bagaimana untuk mempertingkatkan mereka dengan kemahiran bagi menjamin pekerjaan dalam keadaan yang sukar sekarang dan pada akhirnya, kami mahu perkukuhkan daya diambil kerja dan membina tenaga kerja berkemahiran dengan Teras Warga Singapura yang kukuh," ujar beliau.



Menurut kenyataan NTUC, pasukan itu akan berhubungan dengan PME dan majikan menerusi tinjauan, perbincangan kumpulan dan acara bagi mengenal pasti keprihatinan utama, keperluan dan jurang kemahiran dalam tenaga kerja.



Ia juga akan bekerjasama dengan pemerintah bagi menyemak semula dasar yang meninggalkan kesan ke atas PME dan menjalankan kajian bagi mendapatkan pandangan mengenai trend masa depan, pekerjaan dan kemahiran.



Menerusi usaha ini, pasukan itu bermatlamat menyediakan saranan mengenai dasar pemerintah, amalan sumber manusia yang terbaik dan membolehkan latihan PME menjelang 1 Mei tahun depan.



Perangkaan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menunjukkan bahawa golongan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) menyumbang kepada separuh daripada jumlah pembuangan kerja pada suku kedua tahun ini.



Golongan itu juga menyaksikan kadar diambil bekerja semula dalam masa enam bulan diberhentikan kerja, yang lebih perlahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >