Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasukan bertindak dibentuk untuk bantu pelajar dari keluarga berpendapatan rendah penuhi potensi

Oct 28, 2018 | 06:01 PM



SATU pasukan bertindak silang agensi peringkat tinggi akan ditubuhkan untuk membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan paling rendah di Singapura memenuhi potensi masingmasing,  sebahagian usaha untuk menangani masalah ketidaksaksamaan, kata Menteri Kedua (Pendidikan dan Kewangan) Cik Indranee Rajah.



Diketuai Kementerian Pendidikan (MOE), pasukan bertindak itu, yang dikenali sebagai Uplift - ‘Uplifting Pupils in Life and Inspiring Families Taskforce’ atau ‘Pasukan Bertindak bagi Memberi Sokongan Kepada Pelajar  dan Memberi Inspirasi Kepada Keluarga’ - bertujuan membantu pelajar daripada keluarga yang berpendapatan 20 peratus paling rendah di sini.



Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) serta badan bantu diri seperti Yayasan Mendaki dan Majlis Bantuan Pembangunan Masyarakat Cina (CDAC) dan Persatuan Pembangunan Masyarakat India Singapura (Sinda) turut menganggotai pasukan bertindak itu.



Bercakap kepada wartawan semasa mengumumkan inisiatif itu, Cik Indranee, yang juga Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO), berkata tugas pertamanya adalah untuk mengadakan rundingan dengan pihak berkepentingan tertentu untuk memahami dan mengenal pasti sebarang jurang sokongan yang sedia ada.



Individu yang dimaksudkan termasuk mereka yang berurusan langsung dengan pelajar dan keluarga kurang berkemampuan seperti kakitangan sekolah, pekerja sosial dan badan bantu diri.



“Pengalaman dan pengetahuan mereka akan membantu kita memahami dengan lebih baik apa lagi yang boleh kita lakukan dan bagaimana kita sebagai satu masyarakat boleh secara bersama menaik taraf kehidupan mereka yang dari latar belakang kurang berkemampuan, mempertingkat mobiliti sosial dan mengurangkan ketidaksamaan,” kata Cik Indranee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >