Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasukan kuat kuasa baru untuk tegah pecut di laluan pejalan kaki

LTA
May 11, 2016 | 11:44 AM



PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) telah melancarkan satu pasukan penguatkuasaan baru untuk bertindak terhadap penunggang basikal dan pengguna peranti mobiliti peribadi (PMD) yang pecut.



Berpakaian kemeja-T polo kuning cerah dan bermuda, pasukan Penguatkuasaan Mobility Aktif itu akan dikerah setiap hari di seluruh negara bagi "menghalang tingkah laku melulu", kata LTA pada Rabu (11 Mei).



Agensi itu menambah bahawa ia akan memberi tumpuan pada kawasan sering dikunjungi penunggang basikal dan pejalan kaki, termasuk perhentian bas, sekolah dan lintasan pejalan kaki.



Pasukan penguatkuasa baru itu diumum semasa perbahasan Belanjawan awal tahun ini.



Pada masa itu, Parlimen juga diberitahu pemerintah akan meminda undang-undang untuk memberi pegawai penguatkuasa kuasa mengeluarkan denda kepada penunggang melulu.



Kementerian itu juga berkata ia akan mengambil langkah membenarkan penggunaan basikal dan PMD di laluan pejalan kaki, sebagai sebahagian daripada usaha menggalak penggunaan peranti itu bagi perjalanan pendek.



Perubahan undang-undang belum selesai, jadi sementara itu, pegawai LTA mengedarkan risalah dan nasihat mengenai menunggang dengan selamat.



Pada Rabu, tiga pegawai dikerah di Woodlands Avenue 7 - kawasan dikenal pasti sering dikunjungi penunggang basikal.



"Kehadiran pasukan penguatkuasa khusus kami akan memberi jaminan bahawa kami tidak akan bertolak ansur dengan sebarang tingkah laku melulu oleh penunggang basikal atau pengguna peranti mobiliti peribadi," kata Ketua Eksekutif LTA, Encik Chew Men Leong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >