Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasukan PAP di GRC East Coast tetap komited tepati janji di GE tahun lalu: DPM Heng

Apr 10, 2021 | 09:24 AM



TIMBALAN Perdana Menteri Heng Swee Keat pada hari Jumaat (9 April) berkata beliau dan pasukannya di GRC East Coast tetap komited untuk berkhidmat kepada penduduk pada tahun-tahun mendatang, dan akan menepati janji yang dibuat dalam pilihan raya umum (GE) tahun lalu.



Beliau berkata demikian kepada media lewat Jumaat di ibu pejabat Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Bedok setelah mengadakan mesyuarat selama dua jam dengan aktivis di kawasannya, sehari selepas beliau mengumumkan akan menarik diri sebagai ketua pasukan generasi keempat parti itu.



Pasukan GRC East Coast - yang turut merangkumi Menteri di Pejabat Perdana Menteri Dr Maliki Osman, Menteri Negara Tan Kiat How, Cik Jessica Tan dan Cik Cheryl Chan - telah tiba di ibu pejabat PAP sejurus selepas satu mesyuarat tertutup dengan setiausaha cabang PAP sebelum itu.



Beberapa mesyuarat antara pemimpin, Anggota Parlimen dan aktivis PAP telah diatur pada hari Jumaat untuk mengatasi keprihatinan dan persoalan mengenai rancangan peralihan kepimpinan parti itu.



Encik Heng berkata pasukannya telah memberitahu aktivis mereka dalam pertemuan hibrid itu bahawa "tidak ada yang berubah".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >