Pasukan PAP East Coast komited penuhi janji GE2020: DPM Heng, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Pasukan PAP East Coast komited penuhi janji GE2020: DPM Heng

Apr 11, 2021 | 05:30 AM

TIMBALAN Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata beliau dan pasukannya di GRC East Coast tetap komited untuk berkhidmat kepada penduduk pada tahun-tahun mendatang, dan akan menepati janji yang dibuat dalam pilihan raya umum (GE) tahun lalu.

Berkongsi dalam catatan Facebook semalam Encik Heng berkata beliau bersama pasukannya di GRC East Coast - Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Maliki Osman; Menteri Negara (Pejabat Perdana Menteri merangkap Pembangunan Negara) Tan Kiat How; Cik Jessica Tan dan Cik Cheryl Chan - telah memberitahu aktivis parti mereka dalam pertemuan hibrid itu bahawa "tidak ada yang berubah" di sebalik keputusan beliau untuk menarik diri sebagai ketua pasukan generasi keempat parti itu.

"Saya telah berkongsi pertimbangan-pertimbangan di sebalik keputusan saya minggu ini.

"Saya juga telah meyakinkan mereka bahawa tiada yang akan berubah - komitmen saya, yang juga komitmen pasukan saya kepada penduduk East Coast bahawa semua tetap sama. Kami juga gembira mendengar bahawa komitmen penduduk kami juga tetap teguh.

"Penduduk kami telah memberi kami mandat. Kami akan terus memberikan yang terbaik kepada penduduk dan akan membawa setiap orang untuk bekerja bersama demi merealisasikan rancangan kami untuk membina East Coast yang prihatin, bertenaga dan menghijau.

Discover Malay Home Based Businesses

"Kami mengharapkan kerjasama berterusan daripada sukarelawan dan penduduk," ujarnya.

Pertemuan di ibu pejabat Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Bedok itu dibuat sehari selepas beliau mengumumkan akan menarik diri sebagai ketua pasukan generasi keempat parti itu.

Sebelum itu mereka mengadakan satu mesyuarat tertutup dengan setiausaha cabang PAP.

Beberapa mesyuarat antara pemimpin, Anggota Parlimen dan aktivis PAP telah diatur pada Jumaat untuk mengatasi keprihatinan dan persoalan mengenai rancangan peralihan kepimpinan parti itu.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map