Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Pasukan PAP GRC East Coast enggan sertai debat isu AHPETC

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pasukan PAP GRC East Coast enggan sertai debat isu AHPETC

Sep 04, 2015 | 04:26 PM

PASUKAN Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC East Coast tidak akan menyertai perdebatan mengenai isu Majlis Bandaran Aljunied Hougang Punggol East (AHPETC), kata Menteri Tenaga Manusia Lim Swee Say.

Memberi komen pertamanya mengenai isu tersebut, Encik Lim memberitahu wartawan bahawa pasukannya "tidak mempunyai niat sama sekali untuk terlibat sama ada mereka telah melakukan tugas yang baik di majlis bandaran," lapor akhbar The Straits Times.

Bercakap semasa mengadakan lawatan pagi di Blok 58, Pasar Bedok, hari ini, Jumaat (4 September), Encik Lim berkata terpulang kepada para penduduk untuk mengadili sama ada Parti Pekerja (WP) telah melakukan sesuatu yang betul atau salah.

Beliau menambah: "Bagi kami di East Coast, kami percaya bukan sahaja melakukan sesuatu yang mengikut undang-undang, kami percaya melakukan semua yang betul untuk penduduk."

Perdebatan mengenai AHPETC menyebabkan orang ramai "agak keliru", kata Encik Lim.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3