Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasukan petugas dibentuk bagi lawan serangan tikus

Apr 26, 2016 | 08:51 AM



PIHAK berkuasa sedang mencuba pendekatan baru untuk menangani masalah serangan tikus, dengan membentuk satu pasukan petugas melibatkan pihak seperti majlis bandaran dan pengusaha kedai makan atau pusat beli-belah untuk menyelaras kerja kawalan tikus.



Empat kawasan - Redhill Close, Bedok Central, Clementi Avenue 3 dan Bangkit Road di Bukit Panjang - dipilih bagi projek percubaan pendekatan itu, kerana 40-130 lubang tikus ditemui di kawasan masing-masing, kata Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).



Di setiap tempat, pihak berkepentingan akan mendapatkan perkhidmatan pengendali kawalan perosak dan menyelaras rancangan kawalan tikus bagi menguruskan keadaan keseluruhan.



Projek percubaan itu bertujuan "memastikan usaha menyeluruh dan berselaras diambil bagi mencegah tikus mendapat makanan dan tempat bersembunyi", kata NEA.



Ia berkata hasil awal menunjukkan pengurangan 15-70 peratus bilangan lubang tikis di setiap kawasan.



Ancaman tikus berkembang pada tahun-tahun kebelakangan. Sebanyal 43,000 lubang tikus ditemui di tempat awam tahun lalu, meningkat daripada kira-kira 42,000 pada 2014, menurut angka NEA.



Dalam tempoh dua tahun, purata 85 peratus lubang tikus ditemui di estet perumahan yang diurus majlis bandaran. Lebih 80 peratus daripadanya ditemui berhampiran cerobong sampah dan pusat tong sampah.



Sebagai respons terhadap pertanyaan akhbar The Straits Times mengenai cara penguatkuasaan akan dipertingkat, NEA berkata majlis bandaran kini menghadapi denda $150 bagi kesalahan pertama pengurusan sampah lemah di pusat tong sampah dan pusat cerobong sampah.



Mulai Julai, denda tambahan $200 dikenakan - di bawah Akta Kawalan Vektor dan Racun Perosak - jika terdapat serangan tikus di pusat tong sampah, pusat cerobong sampah dan cerobong sampah.



Bergantung pada keseriusan masalah itu, majlis bandaran boleh diperintah mengambil langkah-langkah bagi menangani serangan tikus, selain didenda.



Mereka boleh didenda hingga $20,000 jika gagal mematuhi perintah itu, kata berkata NEA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >