Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasukan Polis Singapura peringati khidmat 200 tahun dengan pelbagai acara tahun depan

Dec 05, 2019 | 05:30 AM



PASUKAN Polis Singapura (SPF) akan memperingati khidmatnya selama 200 tahun di Singapura dengan satu siri acara khas sepanjang tahun depan.



Mengumumkan acara tersebut yang dinamakan SPF200 semalam, polis berkata mereka akan menganjurkan pelbagai kegiatan sepanjang 2020 termasuk acara larian obor 24 jam sejauh 200 kilometer, pelancaran buku, jejak warisan dan persembahan muzikal.



Bicentennial SPF itu akan dilancarkan 11 Januari depan.



Ditubuhkan pada Mei 1820 dengan hanya 12 anggota, SPF merupakan agensi tertua pemerintah.



Ketika itu ia dipimpin oleh Francis James Bernard, menantu lelaki William Farquhar.



SPF kini mempunyai 15,000 pegawai tetap, kakitangan awam dan anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF).



Penolong Pesuruhjaya Polis Wilson Lim, yang juga pengarah jabatan ehwal awam SPF, berkata sebagai memperingati bicentennial polis, pihaknya akan mengimbas kembali asas-asas yang membentuk perjalanan pasukan polis, sedang ia terus membuat perubahan untuk masa depan dan mengesahkan komitmen untuk berkhidmat kepada masyarakat selain melindungi Singapura.



"Kami juga mahu mengiktiraf sumbangan kesemua pegawai dan masyarakat dalam menjadikan Singapura satu daripada negara paling selamat di dunia," katanya dalam sidang akhbar semalam.



Sebagai melengkapi kegiatan yang bakal dijalankan, logo SPF 200 juga direka dengan elemen-elemen ketara dengan identiti polis seperti warna korporat merah dan biru



Elemen logo juga mengandungi simbol infiniti untuk melambangkan komitmen dan peranan berterusan polis dalam melindungi Singapura serta bar berwarna yang sama seperti suar atau blinkers berwarna yang terdapat di atas kereta polis.



Ini sekali gus memaparkan dedikasi pegawai yang bekerja dengan masyarakat untuk menjadikan Singapura selamat setiap hari.



Slogan SPF200 - 'Saluting the Past' atau 'Tabik kepada Masa Silam" - juga berkenaan memperingati warisan polis dan memberi penghargaan kepada sejarah, peninggalan dan pencapaiannya, kata SPF.



Slogan itu mengesahkan komitmen SPF untuk melindungi Singapura dan menjadikannya negara paling selamat di dunia.



"Ia melahirkan keyakinan kami untuk mewujudkan kerjasama antara polis dengan masyarakat yang kukuh serta generasi masa depan pegawai polis untuk meneruskan legasi ini bagi 200 tahun akan datang dan seterusnya," kata SPF dalam satu kenyataan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >