Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasukan SCDF muncul naib johan dalam pertandingan khidmat perubatan kecemasan Asia

Jun 25, 2018 | 06:26 PM



PASUKAN daripada Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) muncul sebagai naib johan dalam satu pertandingan serantau yang disertai 10 pasukan khidmat perubatan kecemasan (EMS) dari lima negara baru-baru ini.



Pasukan SCDF itu membawa pulang hadiah AS$400 ($544) dan dua alat bantuan bagi kecederaan tulang belakang.



Tempat pertama dimenangi tuan rumah bagi pertandingan EMS Asia tahun ini iaitu Filipina.



Menurut akhbar The Straits Times, peserta pertandingan anjuran Persatuan Asia bagi Khidmat Perubatan Kecemasan (AAEMS) itu berkata ia merupakan satu pengalaman pembelajaran yang baik.



Ini juga kali pertama Singapura menyertai pertandingan itu, yang berlangsung dari 16 hingga 19 Jun lalu.



Pertandingan itu menguji peserta dari segi keupayaan mereka mengurus pesakit dan situasi sebelum tiba di hospital.



Jurulatih pasukan itu, Pegawai Waran Kedua (2WO) Kamsani A. Hami, berkata pasukan itu hanya mempunyai tiga minggu untuk membuat persediaan dan bukan mudah untuk peserta berlatih bersama kerana mereka bekerja syif yang berbeza.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >