Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasukan sokong miliki rumah sendiri dari HDB dekati 790 isi rumah

May 06, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH pasukan daripada Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), yang memberi tumpuan kepada usaha menyokong keluarga yang tinggal di rumah sewa menjadi pemilik rumah sendiri, telah bekerjasama dengan 790 keluarga sehingga April tahun ini.



Pasukan Sokongan bagi Pemilikan Rumah (HST) ditubuhkan pada Disember 2019 dengan tujuan menawarkan bimbingan kepada keluarga yang tinggal di flat sewa dalam proses merancang dan menyusun bajet untuk membeli rumah sendiri, ujar Menteri Negara (Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Dr Faishal, yang juga Menteri Negara bagi Ehwal Dalam Negeri, berkata pasukan kecil yang dianggotai tujuh orang itu bukan sahaja mendampingi keluarga dalam proses pembelian sehingga mereka menerima kunci rumah sendiri, malah terus mengekalkan hubungan dengan keluarga tersebut selepas itu demi memastikan mereka berada dalam keadaan baik.



"Saya bertemu mereka awal tadi. Mereka berkongsi bahawa apabila keluarga mendekati mereka, mereka akan mengadakan perbincangan mendalam dengan keluarga-keluarga ini untuk lebih memahami aspirasi dan keperluan perumahan mereka, serta kerelaan dan bajet mereka, sebelum meneroka pilihan perumahan yang sesuai," ujar Dr Faishal, menulis di Facebook kelmarin.



Menambah, Dr Faishal berkata HST telah bekerjasama dengan sekitar 790 keluarga sehingga bulan lalu.



"Namun, kerja mereka bukan sahaja tentang jumlah keluarga yang dibantu, malah kesan yang ditinggalkan terhadap setiap keluarga yang dibantu," kata Dr Faishal lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >