SATU pasukan 'tindak balas pantas' telah ditubuhkan untuk meningkatkan usaha menangkap suspek yang terlibat dalam kes-kes aniaya kucing di Yishun baru-baru ini.
Pasukan dianggotai sekitar 20 hingga 30 orang terdiri daripada penduduk Yishun, anggota akar umbi, pencinta kucing and sukarelawan akan memikul tanggungjawab sebagai 'mata dan telinga' untuk mengenal pasti kes-kes serta suspek yang terlibat.
Mereka juga akan dikerah serta merta ke tempat kejadian apabila sebarang kes aniaya kucing dilaporkan untuk mengumpul bukti dan saksi, supaya dapat membantu siasatan Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) dan Pasukan Polis Singapura (SPF).
Ini diumumkan oleh penasihat organisasi akar umbi Nee Soon East dan Anggota Parlimen Encik Louis Ng dalam sidang media di Kelab Masyarakat Nee Soon East pagi tadi.
Selain pasukan itu, Encik Ng menambah lebih banyak kamera resolusi tinggi akan dipasang di estet Yishun.
Pemilik kenderaan di estet Yishun juga diminta supaya membiarkan kamera dalam kenderaan untuk terus merakam pada waktu malam dan memaklumkan pihak berkuasa jika mendapati sebarang kelakuan mencurigakan di rakaman mereka.
Sebanyak 17 kes aniaya kucing telah dilaporkan sejak September dengan, 16 daripadanya mati.