Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Patah tangan, terlepas sebahagian PSLE disebabkan kemalangan

Oct 07, 2016 | 02:57 PM



SATU kemalangan jalan raya, yang disyaki langgar lari, pada Jumaat (30 Sep) lalu menyebabkan seorang murid patah lengannya dan terlepas menduduki sebahagian Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE).



Raiyan Haikal, 12 tahun, sangat marah terhadap pemandu lori itu, yang dia dakwa tidak berhenti selepas melanggarnya.



Murid Sekolah Rendah East Spring itu kecewa tidak dapat melengkapkan peperiksaannya.



Raiyan telah menduduki dua kertas, tetapi terlepas kertas Bahasa Melayu dan Sains, yang katanya dia telah menelaah dengan bersunguh-sungguh.



Akibat kemalangan itu, lengan kanan Raiyan patah dan pipinya tersayat besar. Dia menulis menggunakan tangan kanan.



Raiyan berkata dia sedang melintasi simpang Compassvale Walk dan Compassvale Road pada 3.30 petang, dalam perjalanan pulang dari masjid, apabila kemalangan itu berlaku.



Dia sangat pasti lampu trafik hijau untuk dia melintasi waktu itu, lapor akhbar The New Paper.



Raiyan mendengar bunyi enjin kenderaan dan tiba-tiba lori tersebut melanggarnya.



"Darah mengalir dari pipi kanan saya dan saya berasa sakit di keseluruhan lengan (kanan) saya, katanya.



"Saya berlari ke perhentian bas dan saya menjerit, 'Uncle, tolong!'. Kemudian saya berasa letih jadi saya baring di atas rumput."



Pejalan kaki menghubungi polis dan ambulans. Ibunya, Cik Sofia Aziz, 43 tahun, berkata beliau terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada seorang pejalan kaki.



"Apabila awak tengok anak awak berbalut seperti mumia dengan darah begitu banyak... sebagai ibu, awak akan pengsan," kata Cik Sofia, yang bekerja sambilan sebagai pembuat roti di Petite Bakehouse di Anchorvale Road.



Beliau tiba di tempat kejadian dan menemani anaknya ke Hospital Khoo Teck Puat.



Cik Sofia percaya cermin tepi lori itu terkena pipi kanan Raiyan. Satu serpihan kaca ditemui dalam luka anaknya di hospital.



Raiyan dipindahkan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK dan dibenarkan pulang pada Ahad. Dia diberi cuti sakit hingga 21 Okt.



Apabila ditanya apakah Raiyan menggunakan telefon bimbit semasa melintas jalan, Cik Sofia berkata dia tidak dibenarkan membawa telefon ke sekolah hari itu kerana peperiksaan sedang berjalan.



Cik Sofia juga bimbang mengenai bil rawatan anaknya, kerana beliau mempunyai enam anak dan suaminya pencari nafkah utama.



Anak sulung beliau dalam menengah dua.



Menurut The New Paper, ia difahamkan bahawa bapa Raiyan bekerja menghantar surat dan dokumen ke pejabat.



Mengenai PSLE, Cik Sofia berkata sekolah Raiyan telah menjelaskan mereka akan mengira markahnya berdasarkan markah semasa darjah lima dan enam serta peperiksaan prelim.



Polis masih menyiasat kejadian itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >