Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Patrick Daniel CEO sementara

May 13, 2021 | 05:30 AM



WARTAWAN veteran, Encik Patrick Daniel akan kembali aktif dalam bidang media untuk menerajui SPH Media Trust sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sementara.



Beliau akan menggalas tanggungjawab itu selepas SPH Media dipindahkan kepada entiti syarikat berhad dengan jaminan, atau company limited by guarantee (CLG).



Mengumumkannya semasa satu sidang media semalam, Encik Khaw Boon Wan, yang akan menjadi pengerusi baru CLG yang dinamakan SPH Media Trust berkata, keutamaan penting ialah untuk memastikan peralihan yang teratur tanpa sebarang gangguan kepada operasi.



Kesemua 2,500 kakitangan media dan berkaitan media SPH, akan beralih ke SPH Media Trust.



Encik Daniel, akan menerajui SPH Media Trust, selaku CEO sementara.



Encik Daniel, 66 tahun, bersara pada 2017 sebagai Timbalan CEO SPH.



Beliau mempunyai pengalaman kerjaya sepanjang 30 tahun bekerja di SPH dan telah memegang pelbagai peranan termasuk selaku Ketua Editor Kumpulan Media Inggeris/Melayu/Tamil.



Encik Khaw berkata beliau berterima kasih kepada Encik Daniel kerana bersetuju membantu menggalas tanggungjawab itu.



"Seperti saya, beliau juga sedang menikmati persaraan. Namun beliau mempunyai minat peribadi yang besar untuk melihat SPH Media berjaya," katanya.



Encik Khaw memberi jaminan kepada Encik Daniel bahawa beliau akan mula mencari CEO baru yang boleh membawa SPH Media ke hadapan sebagai pertubuhan media digital berbilang bahasa, yang memahami kedua-dua budaya Timur dan Barat tetapi pada dasarnya, masih memahami nadi rakyat Singapura selain menjadi antara yang terbaik di dunia.



Apabila ditanya media tentang kriteria calon yang dicari dalam seorang CEO, Encik Khaw berkata pihaknya sedang mencari warga Singapura yang dapat memahami minat rakyat Singapura berbanding dengan seorang calon pendatang asing.



"Saya harap kita dapat mencari seorang warga Singapura yang mungkin tidak berada di sini ketika ini, tetapi mungkin di luar negara.



"Dan kami berharap individu itu mahir dalam aspek digital atau lebih baik lagi, mempunyai pengalaman media digital sebenar," kata Encik Khaw.



Menurutnya, pencarian belum bermula lagi setakat ini tetapi akan menilainya dalam beberapa minggu atau bulan akan datang, untuk melihat jika pihaknya mampu mendapatkan calon yang sesuai.



Beliau menganggarkan calon itu dapat ditemui menjelang tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >