Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pawagam ikonik Cathay labuh tirai kali terakhir

Jun 27, 2022 | 05:30 AM



PAWAGAM ikonik Cathay, antara pawagam tertua di Singapura, menayangkan filem terakhirnya malam semalam sebelum melabuhkan tirai.



Pertubuhan Cathay sebelum ini telah mengumumkan bahawa ia akan mengucapkan selamat tinggal kepada Cawangan Cathay Cineplex di bangunan The Cathay, setelah tempoh sewanya tamat pada 23 Julai.



Orang ramai dilihat berkumpul di sekitar pekarangan bangunan itu dengan ada di antara mereka yang telah mendapatkan tiket untuk menonton filem Top Gun Maverick - filem terakhir yang ditayangkan pada 9 malam.



Mulai 23 Ogos, ruang yang digunakan oleh The Cathay Cineplex akan menjadi lokasi 'pop-up' terbaru yang dikendalikan oleh syarikat 'The Projector'.



'Pop up' ini yang digelar Projector X: Picturehouse akan menayangkan filem, produksi teater, persembahan seni dan persembahan muzik secara langsung.



Pawagam Cathay, yang terletak di Handy Road, juga merupakan pawagam pertama yang berhawa dingin di Singapura.



Pagawam yang boleh menempatkan sebanyak 1,300 tempat duduk dibuka pada 3 Oktober 1939 di dalam Bangunan Cathay, dengan tayangan filem The Four Feathers, karya Sir Alexander Korda.



Selain pawagam tersebut, Bangunan Cathay juga menempatkan sebuah hotel di blok menara 16 tingkat dan Restoran Cathay.



Pada zaman kegemilangan pawagam Singapura dari akhir 1940-an hingga awal 1970-an, ratusan filem telah difilem dan diterbitkan di Singapura oleh dua syarikat filem utama, Cathay Organization dan Shaw Brothers.



Pada tahun 2000, bangunan itu melalui pengubahsuaian dan dibuka semula pada 2006 dengan sembilan panggung baru, termasuk The Grand Cathay dan The Platinum Movie Suites.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >