Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Payah tapi teruja hasilkan filem animasi sempena NDP

Aug 20, 2021 | 05:30 AM



Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini memaparkan sekumpulan juruanimasi yang terlibat dalam segmen muzik, video dan ilustrasi. Ia adalah sebahagian daripada usaha berterusan mempamerkan bakat kreatif tempatan yang baru muncul dan dikenali. BERITA HARIAN bertemu dengan dua individu dari syarikat Robot Playground Media yang menghasilkan filem animasi NDP.



ANTARA ciri menarik yang penonton dapat saksikan pada Perbarisan Hari Kebangsaan esok adalah sebuah filem animasi, terbitan syarikat tempatan.



Filem animasi 14 minit itu dihasilkan oleh syarikat tempatan, Robot Playground Media.



Ketika ditemui, pemilik bersama syarikat itu, Encik Ervin Han, berkata peluang menghasilkan filem animasi itu jarang diperolehi dan sangat berharga.



"Saya berasa teruja dapat melibatkan syarikat ini dengan sambutan yang bermakna ini.



"Kerjasama ini lebih daripada peluang yang berharga.



"Ia juga mendedahkan bidang animasi kepada lebih ramai warga Singapura dan saya harap ia dapat memberi perspektif positif bagi orang ramai mengenai bidang animasi ini," kata Encik Han.



Ekoran pandemik Covid-19, pasukan 30 orang itu terpaksa bekerja dari rumah dan menyesuaikan diri dengan peraturan yang diperketatkan.



Filem animasi itu akan ditayangkan dalam gaya dua dimensi (2D) dan akan menampilkan enam watak dengan kisah mereka melintasi masa lalu dan kini.



Enam watak itu mengetengahkan kejayaan mengatasi kesukaran yang dihadapi demi mengejar impian mereka.



Pengurus penerbitan Robot Playground Media, Cik Elaine Chan berkata, berkata:



"Proses filem animasi itu tidak mudah. Terdapat satu adegan filem animasi itu yang memerlukan lebih masa dan sekitar 1,000 bingkai untuk diselesaikan.



"Kami ingin menangkap segala butiran lukisan secara terperinci, oleh itu, kami harus menyumbangkan lebih tenaga dan usaha kepada adegan tersebut."



Menjelaskan lebih lanjut tentang proses adegan yang sukar itu, Encik Han berkata pasukannya menjadualkan rakaman pergerakan secara fizikal sebagai rujukan sebelum dapat melukis adegan tersebut.



Secara keseluruhan, filem animasi sepanjang 14 minit itu mempunyai antara 12,600 hingga 21,000 bingkai lukisan tangan yang mengambil selama 10 bulan untuk diselesaikan.



Filem animasi itu manehemainkan peranan penting dalam menghubung-kaitkan persembahan adegan satu hingga empat pada NDP nanti.



"Ini adalah tahun yang pelik tetapi indah bagi saya. Walaupun terdapat banyak sekatan dan peraturan, kami semua masih dapat memenuhi apa yang kami ingin lakukan.



"Ini adalah kali pertama kami melihat konsep animasi sebagai sesuatu yang utama untuk NDP.



"Saya harap menerusi filem pendek yang kami terbitkan itu, warga Singapura akan menikmatinya," Encik Han.



"Dalam pada itu, kami juga telah memasukkan mercu tanda Singapura yang lalu dan terkini untuk membangkitkan perasaan nostalgia dan juga untuk menjadikannya lebih relevan," ujar Cik Chan.



Untuk menyaksikan klip pendek dari filem animasi itu, sila ke saluran NDPeeps di Youtube.




"Ini adalah tahun yang pelik tetapi indah bagi saya. Walaupun terdapat banyak sekatan dan peraturan, kami semua masih dapat memenuhi apa yang kami ingin lakukan.

Ini adalah kali pertama kami melihat konsep animasi sebagai sesuatu yang utama untuk NDP.

Saya harap menerusi filem pendek yang kami terbitkan itu, warga Singapura akan menikmatinya."

- Encik Ervin Han, pemilik bersama Robot Playground Media.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >