Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Setempat0

PayNow bakal diperkenal kepada  semua agensi pemerintah

Aug 11, 2019 | 03:30 PM

 

Khidmat pindahan wang PayNow sedang dilaksanakan bagi semua agensi pemerintah dan lembaga berkanun, membenarkan warga Singapura menggunakan wadah itu untuk membuat kebanyakan pembayaran, dari yuran sekolah kepada saman.

Ia juga dijangka mengurangkan kebergantungan kepada sistem Giro.

Tender yang bertujuan menerapkan urus niaga agensi awam dengan PayNow - yang telah menjadi sistem bayaran elektronik (e-bayaran) yang paling diterima di sini - telah diberikan kepada Bank DBS, Bank OCBC dan Bank United Overseas (UOB). Ia membenarkan pemerintah menerima dan mengagihkan dana secara serta-merta, lapor The Sunday Times.

Langkah itu dijangka menghuraikan sebahagian besar kekurangan e-bayaran kerana ia menawarkan pindahan wang segera tanpa memerlukan butiran akaun bank atau kad kredit.

Berita Popular

PayNow, yang menghubungkan nombor telefon atau nombor kad pengenalan dengan bank akaun, dijangka menjadi huraian yang melengkapkan usaha mengubah urus niaga awam menjadi digital keseluruhannya.

“Ini selari dengan sasaran pelan induk pemerintah digital, iaitu untuk menawarkan pilihan e-bayaran bagi semua khidmat pemerintah menjelang 2023,” kata jurucakap Pejabat Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGO).

Buat masa ini, PayNow telah mengumpul lebih 2.8 juta nombor telefon bimbit, nombor NRIC dan nombor pendaftaran perniagaan. Lebih $4.6 bilion wan telah dipindahkan menerusi PayNow dalam separuh pertama tahun ini, menurut Persatuan Bank di Singapura.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map