Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PayNow, Fast diperluas, jadikan penggunaan e-dompet mudah

Institusi kewangan bukan bank bakal mendapat akses langsung kepada infrastruktur bayaran runcit sistem perbankan bermula Februari 2021
MAS
Dec 01, 2020 | 05:30 AM



PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) mengumumkan semalam bahawa institusi kewangan bukan bank (NFI) bakal mendapat akses langsung kepada infrastruktur bayaran runcit sistem perbankan bermula Februari 2021.



Ini bermakna NFI yang merupakan institusi pembayaran besar di bawah Akta Khidmat Pembayaran akan dapat memanfaatkan khidmat PayNow dan FAST (Pemindahan Pantas dan Selamat).



Ini membolehkan pengguna e-dompet NFI melakukan pemindahan wang antara akaun bank dan e-dompet, serta antara e-dompet berbeza dalam waktu sebenar.



Buat masa ini, kebanyakan e-dompet memerlukan penggunaan kad debit atau kredit untuk menambah nilai, dan pemindahan wang antara e-dompet belum boleh dilakukan.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, MAS berkata NFI akan dapat berhubung secara langsung melalui gerbang pembayaran Pengantaramuka Pengaturcaraan Aplikasi (Application Programming Interface atau API) yang dibangunkan Kumpulan Kerja Direct FAST (DFWG).



Kumpulan kerja itu telah dibimbing oleh Singapore Clearing House Association (SCHA) dan Persatuan Bank Singapura (ABS).



Menurut MAS, rakan kerja perniagaan semua 23 bank FAST atau sembilan bank PayNow, atau e-dompet yang dahulunya sering mempunyai sistem eko tertutup bakal dapat menerima bayaran waktu sebenar daripada pengguna e-dompet atau aplikasi perbankan mudah alih yang akan menyertai FAST atau PayNow.



"Akses langsung oleh NFI kepada FAST dan PayNow merapatkan jurang terakhir dalam perjalanan pembayaran elektronik Singapura.



"Pengguna yang mungkin tidak mempunyai akses kepada kad debit atau kredit mereka untuk meletakkan wang dalam e-dompet kini mempunyai pilihan melakukan hal tersebut secara langsung menerusi akaun bank mereka," jelas Pengarah Urusan MAS, Encik Ravi Menon.



"Penggunaan e-bayaran akan menjadi lebih mudah bagi individu dan perniagaan," tambah beliau.



Sementara itu, Pengarah ABS, Cik Ong Ai-Boon, mengalu-alukan lebih banyak pengguna FAST dan PayNow.



Katanya: "Kadar penggunaan FAST dan PayNow telah melebihi jangkaan dan kami yakin dengan tambahan pengguna baru akan membantu mempercepat laluan negara ini kepada ekonomi kurang menggunakan wang tunai."



Jumlah pemindahan FAST melebihi 12.5 juta sebulan dari Julai hingga September 2020, dengan jumlah pemindahan bulanan PayNow merangkumi hampir separuh transaksi FAST, menurut MAS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >