Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG UKRAINE

PBB bahas kutuk pencerobohan Russia

PBB
Mar 02, 2022 | 05:30 AM



PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB): Menghadapi pemulauan antarabangsa, Russia berdepan satu ujian genting sokongan terhadapnya kelmarin apabila 193 negara anggota PBB memulakan sidang tergempar.



Perhimpunan Agung badan dunia itu membuka sidang khas yang jarang diadakan - hanya 11 kali dalam sejarah 77 tahunnya - mengenai ketetapan mengutuk "pencerobohan" Moscow di Ukraine.



Semasa sidang itu, Russia mempertahankan keputusannya menyerang negara jirannya itu sedang satu persatu anggota PBB menyeru diwujudkan perdamaian.



"Pertempuran di Ukraine mesti dihentikan," kata Setiausaha Agung PBB, Encik Antonio Guterres, sejurus sidang dimulakan dengan satu minit tafakur bagi menghormati mangsa konflik itu.



"Cukuplah. Askar harus kembali ke khemah mereka. Pemimpin perlu bergerak ke arah perdamaian. Orang awam mesti dilindungi," seru Encik Guterres.



Perwakilan lebih 100 negara dijadualkan berucap sedang badan dunia itu mencari satu keputusan apakah harus sokong usul yang mendesak Russia segera mengundurkan tenteranya dari Ukraine.



Ketetapan itu tidak mengikat tetapi akan menjadi ukuran sejauh mana Russia dipulaukan.



Nada ketetapan itu dilembutkan demi mendapatkan sokongan maksimum, menurut draf yang dilihat oleh agensi berita AFP.



Ia tidak lagi "mengutuk" dalam istilah paling keras terhadap pencerobohan Russia, sebaliknya "menyesali" tindakan tersebut. Undian bagi usul itu dijangka diadakan esok.



Pihak yang menyiapkan ketetapan itu berhadap mendapat lebih 100 undi menyokong - walaupun negara seperti Syria, China, Cuba dan India dijangka sama ada menyokong Russia atau berkecuali.



Ini akan dilihat sebagai ukuran demokrasi di dunia di mana sentimen tegas dan keras sedang meningkat, kata beberapa diplomat, dengan merujuk pada rejim di Myanmar, Sudan, Mali, Burkina Faso, Venezuela, Nicaragua - dan sudah tentu Russia.



"Sekiranya Ukraine tidak dapat bertahan, PBB juga tidak akan dapat bertahan. Usahlah berkhayal," kata duta Ukraine ke PBB, Encik Sergiy Kyslytsya, menyeru negara-negara supaya menyokong ketetapan itu.



Duta Russia, Encik Vassily Nebenzia, mengulangi pendirian Moscow - yang ditolak bulat-bulat Kyiv dan sekutu Baratnya - bahawa operasi ketenteraannya dilancarkan untuk melindungi penduduk di wilayah pemisah di timur Ukraine.



Duta Britain, Cik Barbara Woodward, berkata negara anggota "harus sepakat mempertahankan peraturan dan menguatkuasakan kebertanggungjawapan yang telah kita wujudkan bersama".



"Jika kita tidak mempertahankannya sekarang, maka keselamatan sempadan dan dan kemerdekaan setiap negara akan tergugat," ujar beliau. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >