Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PDPC siasat dakwaan Muslim Pro jual data pengguna

Nov 20, 2020 | 05:55 PM



SURUHANJAYA Perlindungan Data Peribadi (PDPC) sedang menyiasat dakwaan laporan media digital Amerika-Canada, Vice Media, pada Isnin (16 November) bahawa aplikasi telefon bijak Muslim Pro menjual data lokasi pengguna kepada tentera Amerika Syarikat.



Rencana itu mendakwa penjualan data itu dibuat menerusi syarikat pengagregatan data Amerika Syarikat X-Mode yang kemudian menjualnya kepada pihak tentera. Syarikat sebegini dipanggil broker data yang mengumpul data atau membelinya daripada syarikat lain.



Memberitahu akhbar The Straits Times, wakil syarikat pembangun aplikasi, Bitsmedia menjelaskan mereka tidak secara sengaja menjual data itu kepada pihak tentera Amerika Syarikat tetapi tidak menafikan mereka berkongsi data dengan broker data pihak ketiga.



Ketua Pembangunan Perniagaan dan Pengurus Negara Muslim Pro di Malaysia, Encik Nik Emir Din berkata:



"Apa yang kami ingin jelaskan hari ini adalah Muslim Pro tidak menjual sebarang data pengguna kepada pihak tentera Amerika Syarikat. Ini adalah sesuatu yang tidak pernah kami lakukan sebelum ini. Kami tidak melakukannya kini."



Beliau juga menjelaskan sedang data pengguna yang dikumpulkan mungkin dijual kepada pihak tentera di Amerika menerusi rakan kerjasama data, pihak Muslim Pro tidak menyedari kemungkinan ini berlaku dan dari awal lagi berusaha melindungi  hampir 100 juta pengguna global aplikasi tersebut.



Beliau menambah: "Berita mengenai ia mungkin kes penjualan data menerusi penyedia khidmat pihak ketiga adalah yang sangat mengejutkan, bukan sahaja untuk pengguna tetapi kami juga di sini."



Awal daripada itu, Vice melaporkan pihak tentera Amerika sedang membeli maklumat privet yang dikumpulkan daripada aplikasi merata dunia termasuk Muslim Pro. 



Muslim Pro menyediakan khidmat perpustakaan Quran, jaduan solat harian, pengenalpastian arah kiblat dan mutiara kata inspirasi.



Vice menambah Muslim Pro telah mengirimkan data lokasi penggunanya kepada X-Mode di samping maklumat lain seperti rangkaian Wi-Fi yang dihubungkan kepada telefon bimbit pengguna, cap masa dan butiran mengenai telefon itu seperti jenis modelnya.



Menurut Bitsmedia, ia bekerjasama dengan rakan teknologi seperti X-Mode dengan berkongsi data yang diperolehi daripada pengguna sebagai operasi umum aplikasi itu dalam memperbaiki khidmatnya serta sebab lain seperti pembangunan iklan pada alat mudah alih - yang merupakan hasil utama Muslim Pro.



Apabila ditanya apakah Bitsmedia menyedari bahawa rakan kerjasamanya menggunakan data yang dikongsi, Encik Nik berkata pemeriksaan syarikatnya sebelum bekerjasama dengan pihak berkenaan mendapati tiada perkara yang mencurigakan tentang rakan kerjasama itu.



"Kami gigih menjalankan pemeriksaan dan sangat teliti. Justeru, tiada apa yang perlu kami curigakan tentang urusan niaga sensitif dengan mereka pada masa lalu dan buat masa ini," tambahnya.



Muslim Pro telah menghentikan semua kerjasama dengan rakan data termasuk X-Mode, jelas kenyataan yang dilampirkan pada laman aplikasi ini pada Selasa (17 November).



"Kami akan mengambil tindakan lanjut jika kami dapati kepercayaan kami dan kepercayaan pengguna kami disalahgunakan," ujar Encik Nik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >