PANGGUNG Victoria bergema dengan gelak ketawa para penonton ketika mereka menyaksikan aksi lucu pelakon Malam Lawak Sastera semalam.
Pementasan yang menampilkan enam pelakon mapan dan berbakat - M. Saffri A. Manaf, Norsiah Hamid, GT Lye, Junaidah Eksan, Ariff Esa dan Zainal Ihim - menyentuh kisah dua keluarga cuba mengkahwinkan anak mereka yang 'terlajak' usia.