Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai 'baru' antara penerima Anugerah Kepujian Pesuruhjaya Polis

Jun 06, 2017 | 05:30 AM



MESKIPUN baru berkhidmat bersama Pasukan Polis Singapura (SPF) tiga tahun lalu, pegawai penyiasat kanan Inspektor Muhd Hafiz Roslee sudah diiktiraf dengan anugerah berprestij dalam SPF - Anugerah Kepujian Pesuruhjaya Polis.



Meskipun bersyukur, beliau enggan menerima pengiktirafan itu sendiri, sebaliknya menganggapnya satu penghargaan bagi seluruh pasukannya di Divisyen Polis Clementi.



"Saya tidak boleh melakukan ini sendiri kerana ini hasil kerjasama semua orang.



"Kadang-kadang pada 4 pagi saya memerlukan bantuan pegawai dalam kes tertentu dan mereka perlu melaporkan diri pada 5 pagi... sehingga 40 atau 50 pegawai perlu datang dalam masa sejam untuk membantu saya selaku pegawai bertanggungjawab ke atas kes itu," kata Inspektor Hafiz, 27 tahun.



Anugerah Kepujian Pesuruhjaya Polis mengiktiraf individu dan pasukan bagi khidmat dan sifat kepimpinan cemerlang konsisten.



Sabtu lalu, Inspektor Hafiz antara 150 penerima yang menerima anugerah itu daripada Pesuruhjaya Polis Hoong Wee Teck semasa upacara penyampaian Anugerah Kepujian Pesuruhjaya Polis di Akademi Home Team.



Sejak ditugaskan di Divisyen Polis Clementi sekitar dua tahun lalu, beliau telah menangani beberapa kes berprofil tinggi, termasuk kes bunuh seorang jurutera warga China berusia 31 tahun, Cik Cui Yajie, tahun lalu.



Dengan gerak hatinya yang kuat, Inspektor Hafiz dapat menghidu ada sesuatu tidak kena apabila menerima laporan tentang kehilangan Cik Cui.



Beliau dan beberapa pegawai kemudian menyiasat antara lain dengan memeriksa kamera polis dan bercakap dengan rakan kerja Cik Cui.



"Saya tahu ada sesuatu tidak kena walaupun saya tidak tahu apa pada awalnya," ujarnya, sambil menambah bahawa beliau memaklumkan hal itu kepada ketua siasatan dan lebih ramai pegawai dikerah bagi membantu dalam siasatan kes itu.



Menurut Inspektor Hafiz, beliau tidak pulang ke rumah kira-kia lima hari selepas itu dan tidak tidur tiga hari sepanjang menyiasat kes tersebut bersama pegawai lain.



Hasil siasatan yang dijalankan Inspektor Hafiz dan pasukannya, seorang suspek lelaki berusia 48 tahun ditangkap. Kes itu sedang dibicarakan di mahkamah.



"Walaupun kadang-kadang tidak dapat tidur tiga hingga empat hari untuk menyiasat kes, saya tidak rasa penat kerana terdorong matlamat membantu orang dan membawa keadilan kepada mereka yang memerlukan.



"Ini kerjaya yang mencabar tetapi memberi banyak kepuasan. Keluarga saya juga sentiasa memberi saya sokongan dan memahami pekerjaan saya, termasuk apabila saya terpaksa kembali ke tempat kerja pada tengah malam atau di tengah-tengah sambutan ulang tahun," ujar lulusan jurusan pemasaran perniagaan Institut Pengurusan Singapura-Universiti RMIT (SIM-RMIT) itu.




"Saya tidak boleh melakukan ini sendiri kerana ini hasil kerjasama semua orang. Kadang-kadang pada 4 pagi saya memerlukan bantuan pegawai dalam kes tertentu dan mereka perlu melaporkan diri pada 5 pagi... sehingga 40 atau 50 pegawai perlu datang dalam masa sejam untuk membantu saya selaku pegawai yang bertanggungjawab ke atas kes itu.''
- Pegawai Penyiasat Kanan Divisyen Polis Clementi, Inspektor Muhd Hafiz Roslee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >