Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai bersikap adil semasa jalankan pemeriksaan: Polis

Jul 11, 2019 | 05:30 AM



POLIS semalam berkata pihaknya mengambil pandangan tegas terhadap mereka yang menyiarkan ucapan dalam talian yang boleh menyebabkan rasa kurang senang dan permusuhan antara kaum atau masyarakat.



Ini selepas sebuah video muncul dalam talian yang menunjukkan seorang lelaki yang kelihatan marah semasa diperiksa pegawai polis di sebuah stesen MRT.



Dalam kiriman Facebook semalam, polis berkata pihaknya sedar tentang video yang disebarkan dalam talian serta komen yang dibuat beberapa orang yang mendakwa "pemeriksaan sedemikian disasarkan kepada orang Melayu".



Polis menegaskan: "Tuduhan tersebut tidak benar, tidak berasas, tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan ketegangan antara kaum.



Ia menambah mereka yang menyiarkan tuduhan sedemikian "akan ditangani selaras dengan undang-undang".



Dalam video yang dimuatnaikkan ke dalam talian dan turut disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp, seorang lelaki Melayu kelihatan menengking pegawai dari unit Komand Keselamatan Pengangkutan Awam (TransCom), selepas pegawai polis mendekatinya untuk diperiksa di Stesen MRT Bishan.



Lelaki itu mendakwa beliau melihat pegawai-pegawai mendekati ramai orang Melayu untuk diperiksa, tetapi tidak ramai dari kaum lain yang diperiksa.



Lelaki itu juga mempersoalkan pegawai-pegawai mengapa beliau diperiksa sedangkan beliau memakai pakaian seragam kerjanya.



Pegawai unit TransCom kelihatan bercakap dengan lelaki itu dengan tenang.



Video itu telah disebarkan di beberapa wadah lain di mana pengguna turut menceritakan pengalaman masing-masing semasa diperiksa polis.



Polis berkata insiden itu berlaku 5 Mac lalu, dan menjelaskan bahawa pasukan sama dalam syif tersebut telah memeriksa majoriti orang bukan Melayu.



Polis turut menerangkan bahawa pegawai dari unit TransCom menjalankan rondaan dan pemeriksaan rambang terhadap orang ramai di pusat pengangkutan awam untuk mencegah, menghalang dan mengesan jenayah.



"Pemeriksaan sedemikian adalah perlu untuk memastikan bahawa sistem pengangkutan awam kita bebas dari jenayah, dan untuk menghalang penjenayah daripada melakukan jenayah dan tindakan pengganas," kata polis.



Tahun lalu, pegawai TransCom membuat lebih 720 tangkapan menyusuli pemeriksaan yang dijalankan di rangkaian pengangkutan awam di sini.



Majoriti mereka yang ditangkap adalah kerana kesalahan serius seperti memiliki senjata berbahaya dan dadah, serta ada waran penangkapan yang dikeluarkan terhadap mereka.



Polis memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pegawai mereka "bersikap adil dalam menjalankan pemeriksaan, dan dilatih untuk menjalankannya secara profesional".



"Kami berharap agar orang ramai dapat memahami dan menghargai keperluan pemeriksaan seperti ini, yang memastikan keselamatan dan keamanan penumpang, dan akan bekerjasama dengan pegawai ketika mereka melaksanakan tanggungjawab mereka," kata polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >