Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 jururawat Adam luah perasaan

Pegawai bomba tukar kerjaya mahu hulur bantuan

Jul 15, 2019 | 05:30 AM



Stereotaip bahawa kerjaya yang berkaitan kejururawatan khusus buat kaum Hawa sudah lama pupus dek arus pemodenan. Wartawan FARID HAMZAH (farid@sph.com.sg) dan ZUBAIDAH EUSOFF (zeusoff@sph.com.sg) menemuramah tiga jururawat lelaki yang telah menceburi bidang ini tanpa secebis kekesalan.



USIA ternyata bukan halangan bagi Encik Mohammed Kamal Mohammed Yusoff mengejar kerjaya yang diinginkan.



Ini meskipun perjalanan yang diambilnya untuk menjadi seorang jururawat mengambil masa yang lebih panjang.



Encik Kamal, 37 tahun, sebelum ini adalah seorang pegawai bomba di Perkhidmatan Kecemasan Lapangan Terbang (AES) selama enam tahun - selepas dua tahun menjalani Perkhidmatan Negara (NS) sebagai pegawai bomba dengan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).



Namun kerana ingin lakukan sesuatu yang berbeza dan dapat lebih membantu masyarakat, anak tunggal itu mengubah haluan menceburi bidang kejururawatan.



"Saya sedar di kebanyakan negara, termasuk Singapura, penduduknya kian menua. Dan pelbagai masalah kesihatan yang dilaporkan pada masa ini.



"Ketika itu saya terfikir bahawa bidang ini amat diperlukan di banyak negara. Justeru saya ambil keputusan mendaftarkan diri untuk bidang kejururawatan," kata anak tunggal itu lagi.



Beliau yang sebelum ini mempunyai sijil Nitec dalam Teknoloogi Automotif dan Kenderaan Berat kemudian mengambil keputusan mendaftarkan diri untuk mendapatkan Nitec dalam Kejururawatan.



Beliau kemudian memulakan kerjaya di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) di Unit Strok Akut (ASU) selama setahun sebelum diberi peluang melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma dalam Kejururawatan setahun selepas itu.



Sekitar dua tahun setengah kemudian beliau berjaya tamatkan pengajian dan kemudian disalur semula ke unit yang sama di TTSH.



Dalam tempoh yang singkat ini, beliau berasa banyak yang telah dipelajarinya menerusi tugasan yang diberi kepadanya.



Beliau juga telah berjaya menjalin hubungan yang rapat dengan beberapa pesakit yang dibantunya.



"Salah satu daripadanya ialah seorang pesakit tua yang pernah saya berikan khidmat kejururawatan.



"Pernah satu ketika beliau bergurau dengan saya agar mempelawa mereka ke majlis walimah saya, yang kebetulan berlangsung tidak lagi selepas perbualan kami itu.



"Tidak sangka pula beliau dan isterinya hadir di majlis perkahwinan saya tahun lalu," jelasnya.



Kini rancangan beliau selanjutnya ialah untuk mendapatkan sijil ijazah sarjana muda dalam kejururawatan, tahun depan.



"Selepas beberapa tahun dalam bidang ini, minat saya begitu mendalam.



"Saya sedar banyak bidang yang boleh saya ceburi dalam sektor kejururawatan ini, jadi saya ingin cuba juga bidang-bidang lain," katanya yang baru mendirikan rumahtangga tahun lalu.



Isterinya, Cik Nur Haizum Kamarudin, 34 tahun, juga seorang jururawat di TTSH yang kini sedang menjalani tahun akhir, kursus Diploma dalam Kejurururawatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >