Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai CAAS lancar inisiatif sanjung barisan depan sektor penerbangan

Jun 13, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 70 pegawai Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), yang menggelar diri mereka Friends for Aviation (Sahabat Penerbangan), melancarkan satu inisiatif baru semalam bagi menunjukkan penghargaan kepada pekerja barisan depan sektor penerbangan yang bekerja keras demi memastikan sempadan Singapura selamat sejak Covid-19 melanda 18 bulan lalu.



Di bawah inisiatif Bringing Back Blue Skies (Bawa Semula Langit Biru), kumpulan itu merancang memberi kad EZ Link bernilai $50 kepada sekurang-kurangnya 1,000 pekerja barisan depan sektor penerbangan, bagi membantu keperluan pengangkutan mereka. Ia akan diberi bulan depan.



Menurut Friends for Aviation dalam satu kenyataan media semalam, para pekerja itu, termasuk pekerja pembersihan dan mereka yang menguruskan troli dan bagasi, perlu ke pusat ujian lebih kerap disebabkan ujian Covid-19 rutin lebih tetap.



Ujian itu dipertingkat untuk lebih melindungi pekerja dan keluarga mereka daripada varian Covid-19 yang lebih mudah menular.



Ini menyusuli timbulnya kelompok baru-baru ini yang terkait dengan Lapangan Terbang Changi.



Cik Angela Ng, yang memulakan kumpulan itu, berkata mereka mahu menyumbang dalam apa jua cara dan sekecil mana untuk membawa senyuman kepada pekerja barisan depan.



"Kami berkongsi kesukaran mereka dan mahu memberitahu bahawa mereka tidak keseorangan," katanya.



Kumpulan itu telah mengumpul $25,000 sesama mereka bagi membiayai usaha tersebut. Mereka juga menerima sokongan dana oscar@sg di bawah Temasek Trust, yang akan memadankan dolar ke dolar bagi sumbangan itu.



Mereka mengajak orang ramai menunjukkan sokongan kepada pekerja barisan depan dengan mengirim mesej penghargaan dan galakan. Ia akan dicetak dan diberi bersama kad EZ Link itu.



Orang ramai boleh melakukan demikian hingga 25 Jun dan mendapatkan butiran lanjut menerusi akaun Instagram friendsforaviation.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >