Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai Certis cedera serius selepas dilanggar kereta di Pusat Pemeriksaan Tuas

Mar 24, 2023 | 08:06 AM



SEORANG pegawai polis tambahan (APO) Certis mengalami kecederaan kepala serius selepas dilanggar sebuah kereta di Pusat Pemeriksaan Tuas awal pagi Jumaat (24 Mac).



Menurut kenyataan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), mereka dimaklumkan tentang nahas melibatkan sebuah kereta berdaftar Singapura itu sekitar 12.55 pagi.



"Siasatan awal menunjukkan bahawa pemandu kereta itu memandu pada kelajuan yang tinggi sebelum melanggar APO itu yang sedang bertugas di luar pondok pemantauan di ruang masuk zon keberangkatan kereta di Pusat Pemeriksaan Tuas," ujar ICA.



Tambahnya, APO itu serta pemandu kereta itu dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH) dan APO berkenaan mengalami kecederaan kepala yang serius.



ICA berkata mereka dan majikan APO itu sedang berhubungan dengan keluarga pegawai tersebut untuk menawarkan sokongan dan bantuan yang diperlukan.



Siasatan polis terhadap pemandu kereta itu sedang dijalankan.



Menerusi laman Facebook mereka sekitar 3 pagi Jumaat, ICA berkata tiga lorong menghala ke zon keberangkatan kereta dan motosikal di Pusat Pemeriksaan Tuas ditutup serta meminta pemandu menggunakan lorong keberangkatan kargo sebaliknya.



Namun dalam kenyataan mereka di Facebook pada 5.35 pagi, ICA berkata semua lorong menghala ke Pusat Pemeriksaan Tuas kembali beroperasi sepenuhnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >