Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai firma pengiriman wang selamatkan pelanggan daripada ditipu

Aug 04, 2016 | 02:38 PM



CAMPUR tangan cepat oleh seorang pekerja sebuah syarikat pengiriman wang menyelamatkan seorang pelanggan daripada kehilangan $1,000 dalam satu penipuan, kata polis pada Khamis (4 Ogos).



Dalam satu kenyataan media, polis memuji Cik Sun Lin Lin, yang bekerja di Zhongguo Remittance Ptd Ltd di People's Park Compkex, kerana menggagalkan cubaan menipu itu.



Cik Sun, yang meladeni mangsa, mengesyaki sesuatu tidak kena apabila beliau cuba memindahkan $1,000 ke akaun di luar negara.



Beliau kemudian memberitahu penyelianya, yang memanggil polis.



Siasatan polis mendapati mangsa menerima satu panggilan telefon pada tengah hari Rabu (3 Ogos), yang mendakwa beliau mempunyai satu bungkusan mengandungi barang terlarang yang dihantar di bawah namanya ke Shanghai.



Si pemanggil, yang berkata bungkusan itu sedang ditahan di Lapangan Terbang Changi, kemudian memindahkan panggilan itu kepada seorang yang mendakwa dia pegawai polis di Shanghai.



"Pegawai" itu memaklumkan mangsa beliau sedang disiasat bagi kesalahan pengubahan wang haram di negara itu dan meminta mangsa memberi butiran banknya.



Beliau kemudian menerima arahan selanjutnya supaya memindahkan wang ke sebuah akaun di luar negara.



"Kes ini menonjolkan Perkongsian Polis-Masyarakat yang kukuh dalam memerangi jenayah. Polis ingin mengucapkan tahniah kepada Cik Sun Lin Lin kerana campur tangan cepatnya yang membantu dalam menghalang penipuan," kata kenyataan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >