Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai HDB didenda $2,000 kerana menyalahi Akta Rahsia Rasmi (OSA), dedah maklumat sulit kepada wartawan

Dec 20, 2017 | 10:41 AM



PEGAWAI pentadbiran awam Ng Han Yuan didenda $2,000 pada Rabu (20 Disember) kerana didapati bersalah, di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA),  kerana memberi maklumat sulit kepada seorang wartawan akhbar The Straits Times.



Ng, 25 tahun, seorang pegawai Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB),  bertugas sebagai pengurus estet di jabatan operasi jual semula. Dia memberikan maklumat kepada wartawan Janice Tai Jia Ling antara 31 Mei dengan 16 Julai 2017, seperti yang diutarakan di mahkamah.



Ng memberitahu Cik Tai maklumat berkenaan projek HDB berjudul ‘Streamlining of Resale Transactions’. Projek itu berkisar wadah baru HDB yang sedang dilaksanakan dan belum diumumkan kepada awam pada saat jenayah itu dilakukan.



Mereka yang didapati bersalah di bawah OSA boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda sehingga $2,000.



Pada 10 November, apabila Ng dituduh, Cik Tai diberikan amaran kuat oleh polis berkenaan tindakannya bertanya kepada beberapa pihak tentang maklumat sulit yang diterimanya.



Dalam kenyataanya pada ketika itu, polis berkata HDB telah membuat laporan pada 27 Julai.



“Ini selepas HDB menerima pertanyaan daripada seorang wartawan ST tentang inisiatif HDB Resale Portal. Pertanyaan itu mengandungi maklumat tentang inisiatif yang belum lagi diberitahu awam pada ketika itu.



“Siasatan polis mendedahkan bahawa pada Mei 2017, seorang pegawai HDB telah berkongsi maklumat sulit tentang wadah jual beli HDB baru kepada wartawan ST.



Menurut polis, pada Julai lalu, Cik Tai mengajukan pertanyaan kepada beberapa pihak yang berkaitan maklumat sulit ini.



Kata polis: “Pemerintah menganggap serius pertukaran maklumat sulit yang salah ini, terutama jika pihak yang terlibat ialah pegawai awam, dan kami tidak akan berlengah mengambil tindakan.”



HDB berkata, pada November lalu, bahawa Ng telah digantung daripada melaksanakan tugasnya sementara menanti kesudahan kes ini.



Jurucakapnya berkata, pada ketika itu bahawa “HDB menganggap serius sebarang pendedahan maklumat yang tidak dibenarkan. Kami akan menilai keadaan dan mengambil tindakan disiplin yang sewajarnya, berdasarkan kesudahan proses mahkamah”.



Pada 19 Oktober, HDB mengumumkan perubahan kepada wadah jual belinya. Portal baru ini akan diterbitkan di dalam talian pada 1 Januari dan mempermudah pengguna membuat permohonan dan melakukan pemeriksaan kelayakan.



Kes OSA melibatkan wartawan yang terakhir diketahui berlaku pada 1992.



 Ia timbul selepas akhbar The Business Times menerbitkan laporan pada Jun tahun ini, yang menyatakan anggara kilat rasmi tentang pertumbuhan ekonomi Singapura bagi suku kedua tahun itu, sebelum maklumat tersebut dikeluarkan secara rasmi.



Pada ketika itu, editor BT, Encik Patrick Daniel dan wartawan BT Kenneth James, didapati bersalah - bersama tiga lagi lelaki lain - kerana menyalahi undang-undang OSA. Encik Daniel didenda $4,000 dan Encik James didenda $3,500.



Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam, yang pada ketika itu pengarah jabatan ekonomi Penguasa Kewangan Singapura (MAS) antara tiga lelaki lain yang didenda kerana menyalahi undang-undang OSA. Beliau didenda $1,500.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >