Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai ICA bantu pasangan lepasi segera pusat imigresen untuk bersalin di JB

Apr 16, 2023 | 09:16 PM



DUA pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), Cik Qaisarah Hata dan Encik Umar Faarooq Raffick, mendekati satu pasangan untuk lebih memahami keadaan selepas Cik Qaisarah melihat Encik Ong Teck San, 31 tahun, dalam keadaan cemas semasa di dewan bas.


Sebaik sahaja Encik Ong, seorang kontraktor dan penduduk tetap Singapura dari Malaysia, memberitahu dua pegawai itu bahawa isterinya, Cik Cheng Kai Ling, warga Malaysia yang bekerja di Singapura, dalam keadaan hampir melahirkan anak, dua pegawai itu segera membantu mempercepatkan pelepasan pasangan itu.


Encik Umar juga mendapat kerusi roda buat Cik Cheng, kata seorang jurucakap ICA.


Kemudiannya, ekoran kesesakan lalu lintas manusia di ruang dewan bas itu, kumpulan pegawai Pasukan Tindak Balas Pertama dilibatkan sama untuk mengiringi pasangan itu ke ruang bas berlepas, dan mereka meminta seorang pemandu bas segera menghantar pasangan itu ke Malaysia.


Jurucakap ICA berkata pasangan itu melepasi dan berlepas dari pusat pemeriksaan kira-kira 10 minit dengan bantuan pegawai.


“Kami berdua benar-benar terkejut. Kami tidak sangka mereka akan membawa keluar kerusi roda dan membantu menolak saya, tetapi ia memberi banyak kelegaan,” kata Cik Cheng, yang kemudian menumpang kenderaan bapanya untuk pergi ke hospital di Johor Bahru.


Cik Qaisarah berkata: “Saya berasa gembira kerana dapat membantu pasangan itu, kerana saya dapat merasakan kebimbangan dalam suara si suami. Sungguh lega apabila mengetahui ibu dan anak itu selamat.”


Komander Pusat Pemeriksaan Woodlands, Encik Colin Tan, berkata tindakan pegawai sedemikian “menunjukkan semangat perkhidmatan dan matlamat mereka yang tinggi sebagai penjaga sempadan kita”.


“Kami berbangga dengan mereka kerana melangkaui tugas mereka untuk menghulurkan bantuan kepada pasangan itu,” katanya.


Pasangan itu akhirnya tiba di Hospital Columbia Asia di Iskandar Puteri, kira-kira dua setengah jam dari masa mereka meninggalkan rumah mereka di Woodlands di Singapura


Cik Cheng melalui proses bersalin yang lancar, dan melahirkan seorang anak lelaki bernama Torrex Ong.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >