Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai ICA dinaikkan pangkat dari Superintenden ke DAC

May 25, 2023 | 01:00 PM



URUSAN ‘cap paspot’ , menyiasat kes berkaitan dan menjadi pelatih bagi pegawai lain di Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).

Itulah antara tugas yang pernah digalas Timbalan Penolong Pesuruhjaya (DAC) Zaleha Ali sepanjang 26 tahun kerjayanya bersama ICA.

Mengimbas kembali perjalanan kerjayanya, Timbalan Pengarah bahagian Operasi Pelanggan itu berkata peluang yang pernah diberikan selain melalui pelbagai pengalaman berharga, banyak memberinya motivasi untuk bertahan.

Antaranya termasuk peluang melakar konsep dan melaksanakan pensijilan kelahiran dan kematian secara digital pada 2022.

Mengambil masa lebih tiga tahun untuk melancarkan inisiatif tersebut, DAC Zaleha, 49 tahun, berkata projek itu adalah salah satu pencapaian terbesarnya kerjayanya.

“Transformasi digital ketika ini merupakan sesuatu yang banyak dibincangkan.

“Skala projek ini agak besar kerana ia bukan hanya melibatkan satu agensi tetapi pelbagai agensi dan pihak berkepentingan yang berlainan untuk menghasilkan kedua-duanya pensijilan kelahiran, malah pensijilan kematian,” katanya.

Kata DAC Zaleha, proses pelancaran projek ini lebih mencabar kerana ia diadakan semasa tempoh Covid-19.

“Kami harus berunding bersama kakitangan perubatan untuk memastikan mereka memahami proses tersebut dan ia dapat dilaksanakan dengan lancar.

“Namun, ketika itu, kakitangan ini semua sibuk dengan hal berkaitan dengan Covid-19.

“Jadi proses perundingan dengan pihak berkepentingan menjadi lebih perlahan,” jelasnya.

Meskipun menghadapi cabaran yang besar, ibu seorang anak lelaki itu berkata beliau amat berbangga dengan usaha pasukannya dalam mengatasi cabaran itu.

DAC Zaleha, yang sebelum ini memegang jawatan Superintenden, ialah salah seorang daripada 6,158 pegawai Pasukan Home Team yang dinaikkan pangkat secara rasmi semasa Majlis Kenaikan Pangkat Pasukan Home Team pada 24 Mei.

Memegang jawatan baru sebagai Timbalan Pengarah bahagian Operasi Pelanggan, DAC Zaleha berharap dapat menawarkan khidmat yang lebih baik kepada orang awam.

“Jawatan saya kini berkaitan dengan orang awam. Mendekati orang awam mungkin mencabar kerana mereka mempunyai permintaan yang berlainan.

“Cabarannya adalah menghasilkan proses yang boleh memenuhi permintaan mereka dan mengimbangi keselamatan dan dasar pada masa yang sama,” kata DAC Zaleha.

Dengan Pusat Perkhidmatan ICA bersepadu baru yang akan disiapkan pada 2024, DAC Zaleha merancang menyemak khidmat yang ditawarkan kepada pelanggan supaya mereka dapat pengalaman yang lebih baik.

“Kami akan cuba untuk mendigitalkan kebanyakan proses kami supaya orang awam dapat melakukan proses ini semua dalam talian.

“Jika mereka datang ke pusat kami, kami berharap dapat memastikan proses ini berjalan dengan lancar melalui janji temu,” jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >