Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai ICA gagalkan cubaan seludup 3kg ganja

Dadah ditemui dalam lori M'sia, boleh penuhi ketagihan 440 penyalah guna selama seminggu
Dec 29, 2021 | 05:30 AM



GANJA sebanyak lebih tiga kilogram ditemui disembunyikan dalam sebuah lori dari Malaysia, yang membawa kayu keras dan peralatan hawa dingin, di Pusat Pemeriksaan Tuas.



Pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) mematahkan percubaan menyeludup dadah itu pada 20 Disember, kata agensi itu dalam satu kenyataan semalam.



Mereka menemui beg bertali mengandungi sebuah beg plastik hitam di belakang tempat duduk pemandu lori tersebut.



Beg plastik itu mengandungi tiga bungkusan, setiap satu dibungkus dengan kertas aluminium dan pembungkus plastik lutsinar.



Tiga bungkusan itu dipercayai mengandungi 3,113 gram ganja, kata ICA.



Pemandu lori itu, seorang lelaki warga Malaysia berusia 24 tahun, ditahan dan diserahkan kepada Biro Narkotik Pusat (CNB) bagi siasatan lanjut.



Jumlah ganja yang dirampas itu boleh memenuhi ketagihan 440 penyalah guna dadah selama seminggu, kata ICA.



Agensi itu menambah bahawa ia akan terus bekerjasama dengan CNB untuk mencegah percubaan menyeludup dadah, serta menjalankan pemeriksaan keselamatan di pusat pemeriksaan bagi mengelakkan percubaan menyeludup orang tidak diingini, senjata, bahan letupan dan bahan terlarang lain merentasi sempadan Singapura.



"Sempadan kita ialah barisan pertahanan pertama kami dalam menjaga keselamatan Singapura," kata ICA.



Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 413,130 paket rokok haram dirampas tahun ini, antaranya disembunyikan di dalam kipas pengudaraan, tilam, patung, dan bungkusan popcorn.



Rampasan terbaru ialah pada 21 Disember, melibatkan 996 karton rokok tidak dibayar cukai yang ditemui di bawah papan lantai sebuah lori berdaftar Malaysia yang membawa muatan granit.



Pegawai ICA di Pusat Pemeriksaan Woodlands menggagalkan percubaan menyeludup itu selepas mereka mengesyaki papan lantai lori itu diubah suai dan menurunkan granit itu untuk pemeriksaan lanjut, kata ICA dalam satu pos Facebook kelmarin.



Semakan pada akaun media sosial ICA mendapati terdapat sekurang-kurangnya 24 percubaan menyeludup rokok elak cukai ke Singapura sejak Januari lalu, dan 41,313 karton dirampas, menurut The Straits Times.



Salah satu serbuan terbesar rokok haram dibuat pada 13 Januari, apabila 11,285 karton rokok tidak dibayar cukai serta 7,685 paket yang disembunyikan dalam patung 'God of Fortune' Cina ditemui dalam sebuah lori Malaysia yang sedang memasuki Singapura.



Pada bulan yang sama, pegawai ICA di Changi Airfreight Centre menemui 100 paket rokok haram yang disembunyikan di antara paket makanan ringan dalam lima bungkusan.



Para pegawai melihat ada sesuatu tidak kena pada imej X-ray yang diimbas bagi bungkusan bungkusan yang diisytiharkan sebagai kerepek kentang dan kentang goreng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >